Friday, January 21, 2011

Silaturahim Panjangkan Usia

Silaturahim ibarat satu tali yang mengikat seorang Islam dengan org Islam yang lain.Apabila silaturahim terjalin,maka terbentuklah satu rangkaian besar umat Islam yang bakal mengukuhkan sesebuah komuniti Islam.Disebabkan itu,silaturahim antara perkara yang diberikan keutamaan dalam kehidupan masyarakat.

Allah berfirman yang bermaksud,
"Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara,maka damaikanlah antara dua saudara kamu(yang bertelingkah)itu,dan bertakwalah kamu kepada ALLAH supaya kamu beroleh rahmat".(al-Hujurat:10)

Selain itu Rasullulah s.a.w menegaskan dalam sabda baginda,
"Dan orang yang paling erat hubungan silaturahimnya (sesama keluarga atau saudaranya).Dan orang yang paling banyak mengajak kepada kebaikan serta orang  yang paling banyak dalam melarang berbuat kemungkaran."(Riwayat At-Tabrani)

inilah asas hidup bersilaturahim atau bersaudara dalam Islam kerana manusia tidak mungkin hidup bersendirian tanpa keluarga,kawan,sahabat jiran dan ajaibnya silaturahim kerana ia mampu memanjangkan umur seseorang!

Diriwayatkan pada suatu ketika,malaikat maut datang kepada Nabi Daud.Pada masa itu kelihatan seorang lelaki duduk didepannya.Malaikat maut berkata:"Enam hari lagi,orang ini akan dicabut nyawanya".Bagaimanapun selepas beberapa hari,Nabi Daud menjenguk lelaki itu yang ternyata masih hidup,bahkan keadaannya bertambah sihat.Lelaki itu kelihatan lebih muda berbanding sebelumnya.Nabi Daud pun bertanya kepada malaikat maut:"Mengapa demikian(dia masih hidup)sedangkan katamu tinggal enam hari saja lelaki itu akan dicabutnya nyawanya?"Malaikat maut menjawab:"Ketika itu selepas beredar dari hadapanmu,dia sudah menyambung silaturahimnya yang sudah lama terputus,maka ALLAH menambahkan umurnya hingga 20 tahun lagi."

No comments:

Post a Comment