Saturday, September 6, 2014

Hasad Dengki

Hasad
-berkehendak supaya org lain yg dpt nikmat,hilang nikmat tu
-Kita suka jika org lain ditimpa musibah,kecelakaan dan bencana
Cth2 hasad dengki,jika kita tgk rmh tangga seseorang tu bahagia,tiba2 cerai.kita pn kata 'padan muka depa'.ni la dinamakan hasad.

Ingat!!org yg hasad ni,akan dibalas balik apa yg dia hasadkan..apa yg kita dok dengki kt org,yg tu la akan kita dpt plak.

Hasad dengki ni ada +ve dgn -ve..

+ve disebut ghibtah "maksudnya kita dengki dgn seseorg tu dan kita nk jadi cm org tu..cth:org tu rjn bt amalan baik,kita pn nak ikt bt cm tu jgk.."

-Ve disebut ghirah maksudnya perasaan cemburu yg penuh dlm hati.org yg da perasaan ni mybe tak kacau perasaan dan hak org len.cuma dia xdpt spt apa yg dicemburukan.

Kesimpulan janganlah dok berhasad dengki ni,kalau rs mcm tu cepat2 la ingat Allah dan istighfar banyak2.. Dan belajar redha dan terima apa ja nikmat yang Allah tentukan dan bagi kt kita...moga kta mampu menanganinya...

Sumber::Cukup hanya Allah

Friday, September 5, 2014



QUOTE OF THE DAY :

JANGAN BAJET DIRI TU BAGUS DAN INGAT ORANG TAK TAU YANG KITA TU BANGANG SEBENARNYA...
SIMPANLAH SIKIT KEBANGANGAN TU BAGI KAT ORANG LAIN

PEACE :)!!

Thursday, August 7, 2014

Ramadan Pergi

hari ni masuk hari yang ke 11 menyambut syawal utk tahun nih.Sekejap ja kan masa berlalu..so ada lagi 19 hari lagi utk sesapa yang nak berpuasa 6.Cik noradla,sehari pon blom posa lagi..hehe

Raya tahun ni,tahun pertama la dan 1st time jugak merasa meredah jem utk balik kampung.Selalu 4-5 jam ja utk sampai dari KL -  Kulim,tapi masa balik raya... 12 jam oiiii..mau tak lama,boleh drive 5-10 km/j ja.Penat betoi dok dalam kereta,padahal bukan cik noradla drive pon,sahabat cik noradla ja yang drive 'Kak wanie'.Thanks la kat kak wanie,sebab bagi tumpang balik bersama..hehe..Selalunya dok tengok orang ja balik beraya dikampung,kali nahh...rasakan..balik kampung hohoho balik kampung hati girang...

Thn ni,kami sekeluarga menyambut raya dengan 2 orang baru iaitu Fateh Ihsan dan juga Anas Husainy.Dua2 nih anak menakan cik noradla yang baru lahir tahun 2014 nih,fateh lahir bulan Januari dan Anas bulan puasa 6/07/14.So,meriah la rumah kami.Semua balik beraya bersama2..

Raya tahun nih,cik noradla ambik cuti seminggu,rasa sakan betoi..tapi ada jugak tapi tu.BAJU RAYA besar oiii..nak kata cik noradla dah kurus hmmmm macam dak ja,mak cik tu salah potong nih,.besar sgt.frust sgt bila pakai baju tu..baru eksaited nak melaram baju baru..

Dan tahun ni,cik noradla masih beraya di rumah family cik noradla lagi..so tak yah pening2 nak pikir nak balik rumah sapa dulu..hahaha..dah bujang lagi katakan..thn ni,ramai kawan cik noradla beraya rumah mak mentua depa.so insyaallah my turn will come soon,next year i beraya di rumah in laws  :) dan next year boleh la htr mesej raya yg diakhiri cik noradla & suami..insyaallah..kita hanya mampu merancang,Allah yang akan tentukan..moga jadi kenyataan la ye.

Selamat Hari Aidilfitri Maaf Zahir & Batin   
- cik noradla & family..




Wednesday, August 6, 2014

Izin Dari-Nya

"Mencari orang yang mencintai kita,peluang itu selalu tipis.Tapi tak ada yang mustahil dalam dunia ini,kalau Allah belum izin memang susah!Cuba kalau Allah bagi izin,semua senang dan mudah.Allah akan bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu....."



copy & paste : Novel Isteri Untuk Disewa

Friday, July 18, 2014

Takziah MH17 20 Ramadan 1435h

Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga penumpang pesawat MH17 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur semalam terhempas di Ukraine.Dan semua penumpang jumlah penumpang 298 orang.


sebelum ni MH370 hilang dan sampai sekarang still dalam pencarian.Less than 5 months.
Dugaan utk Malaysia dan jugak MAS.

"Dari DIA kita datang,kepada DIA juga kita kembali"

"Tidaklah Allah menurunkan ujian kepadamu,melainkan kerana cinta-Nya kepadamu"




Monday, July 14, 2014

16 Ramadhan

Sekejap ja rasa masa berlalu,hari nih dah masuk 16 hari berpuasa.Esok dah nuzul al quran..Selamat Menyambut  Hari Nuzul AlQuran..memperbanyakkan membaca al-quran serta ibadah/amalan yang lain..semoga ibadah kita diterima oleh Allah.
hari yang ke 16,so insyaallah lagi 2minggu kita akan berhari raya...hari ni dah start dengar lagu2 raya..touching betoi..sedih ja rasa..dan paling penting tak sabar nak balik kampung...

tiba teringat zaman muda mudi dulu masa nk sambut raya..la ni kalut dah ajak mak pi kulim,nak beli bj raya..bukan setakat bj ja,kasut baru,getah rambut baru dan jgk beg nk buh duit raya pon br...beli yg ada tali tu..senang nk bw..kasut plak beli yg da tali2..ikat tu..zaman tu,cm best ja la pkai kasut tu..haha..baju raya kena ada banyak pasang,baju kurung dgn baju tshirt+seluar jeans..raya pertama ja pkai baju kurung esok tu pakai baju tshirt dgn seluar plak..senang nak jln keliling kampung..kutip duit raya..

petang2 plak,sambil nk tunggu buka posa,dok layan tv ja la..rancangan yg paling byk..rancangan memasak la...buat kuih raya la,masak utk berbuka..masa tu terliur ja rasa..huhu..tak tahan godaan.

zaman tu bazar ramadan xdak dekat2 dgn rumah.So mak akan masak la makanan kegemaran anak2 dia..hehe..pastu akan bertukaq2 hidangan dengan rumah sebelah,.lagipon sebelah rumah pun bukan rumah orang lain,kiri rumah tok ngah ,kanan rumah tok..alhamdulillah sampai la nih,tradisi menukar2 juadah tu kekal.

time berbuka...part paling best nih,tuang ayaq siap2 dalam gelas/mug..cari mug yg besar.sebab nak minum banyak..dah kena ayaq segelas,penuh la perut...tambah makan nasik plak..sebab tu la sampai ke sekarang ni time buka wajib makan nasi..

tu kisah zaman masa kecik la,sekarang ni dah dok menyewa dengan kawan2,makan ala kadar ja la.masak la hari2..kuih ja la beli kt bazar..ayaq pon bancuh ja la..

Apa-apa pun,semua nih kenangan yang terindah la...dan paling best kalau berpuasa kat kampung.....arghhhh rindunya.....


Tuesday, July 8, 2014

G6PD (Glucose-6-phosphate dehydrogenase)

Apakah itu G6PD (Glucose-6-phosphate dehydrogenase)?
Sejenis enzim di dalam sel darah merah.Ia berfungsi  untuk melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal.Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Diagnosa
Bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah daripada tali pusat.Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan adalah pembawa.

Apa yang perlu dilakukan bila kekurangan G6PD?
- Elakkan dari bahan-bahan/ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kemusnahan darah merah.
-Ibu-ibu yang menyusukan bayi,elakkan makan ubat-ubat tradisional dan bahan-bahan yang perlu dielakkan

Bahan-bahan yang perlu dielakkan

Makanan
  • Kacang Parang @ orang kedah panggil kacang sepat (Fava Beans)
Ubat herba
  • Chuen Lin
  • San Chi
Elakkan ubat-ubat herba/tradisional yang lain

Ubat-ubatan
  • Acetanilide
  • Doxorubicin
  • Furazolidone
  • Methylene Blue
  • Nalidixic Acid
  • Primaquine
  • dan banyak lagi
so kalau depa sakit,better refer hospital terus sbb ubat utk depa lain sket dari kita

Bahan-bahan lain
  • Ubat gegat ( napthalene/moth balls)(mak dgn anak tak boleh guna ni..BAHAYA)
  • Ubat nyamuk dan ubat serangga yg ada pyrethium
Apa yang berlaku kalau termakan?
  • Sel darah merah musnah dengan cepat
  • Boleh mendapat penyakit kuning(jaundice) yang serius
  • Bayi menjadi pucat

Sebelum nih,cik noradla tak tau langsung psl G6PD nih.Mula amik tau slps cik noradla dapat ank sedara baru 06/07/14,nama Annas Husaini.Doc inform yang dia kekurangan enzim G6PD.Sekarang pn Annas still kat hospital.Mana-mana baby yg detect G6PD nih,depa kena dok ward atleast 5 hari.untuk pemerhatian.lagi satu if ada G6PD,depa akan kena jaundice yang tinggi.Didoakan Annas akan membesar dengan kuat dan sihat.



sumber:myhealth & brochure G6PD