Maksud memilih/pilih-mengambil sesuatu yang terbaik atau yang paling sesuai.
salahkah jika kita suka memilih?Terutamanya didalam soal mencari pasangan hidup.Selalu sangat kita dengar "memilih sangat kot"
ye la selalunya bila ditanya ciri-ciri calon suami atau isteri
contoh jawapan2 yang diberikan spt
soleh/solehah
hensem/cun
beriman
penyayang
dll
tetapi bila kita memberi jawapan spt diatas nih,persepsi yang pertama
"memilihnya hang nih"
tapi
bg yang memberi jawapan nih,dia takkan merasakan dirinya seorang yang memilih...camna tu...
bagi pendapat cik noradla,tak salah kalau kita senaraikan ciri-ciri yang kita nk,semua org nk yang terbaik dalam hidup dia...sapa yang nk hidup dia sengsara,tak ada kan....tetapi kita kena la lihat diri kita dulu,kalau kita pon nk calon suami/isteri yang mempunyai ciri2 yang baik,begitu juga sebaliknya...kita perlu menjadi yang terbaik dahulu sebelum menginginkan yang terbaik jugak.....
so kesimpulannya tak salah la kalau kita suka memilih,even nk beli baju pon kita ambil masa yang lama utk memilih,nak tgk kaler,corak,saiz cantik ke tak... ini kan pulak pasangan hidup kita...tetap perlu diingat,jangan terlalu memilih dah la...apa2pon dalam Islam ada memberi panduan dalam mencari calon suami/isteri,kita berpandukan la ia semoga hidup kita dirahmati dan diberkati olehNya..
"Wanita itu dikahwini kerana 4 perkara,kerana kecantikkannya,hartanya,akhlaknya dan agamanya.hendaklah kamu memilih yang taat beragama dan berakhlak,nescaya kamu beruntung "(Riwayat Al Bukhari,Muslim)
Ciri-ciri calon suami
beriman dan bertaqwa
bertanggungjawab
memiliki akhlak yang terpuji
ciri-ciri calon isteri
beriman
rupa paras yang sedap mata memandang
memiliki akhlak yang terpuji
wanita yang subur
keturunan yang baik
Semoga kita akan bertemu dengan belahan jiwa idaman kita...Amin
No comments:
Post a Comment