Monday, September 12, 2011

Andai masih ada RINDU

Dan hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta
Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa
Ku tak bisa memejamkan rasa
Saat ia nyata makin membara
Membelah setiap pancaindera dan deria
Hingga aku lemas dalam kemelutnya

Ya Allah,
Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada
Iringilah Maluku berserta iman didada
Agar kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga

Tapi jika qada’ dan qadar itu mengatakan sebaliknya
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya
Palingkan cinta ini untuk yang selayaknya
Kerana aku insan yang tiada daya
Maka  bantulah aku melupakannya
Jika itu takdirNya

 Ya Allah,
Andai masih ada rindu
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku
Kerana ketidakpastian itu menganggu
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu
Aku tidak rela terusan terbelenggu
Dalam pencarian permata berharga milikMu

Amin.....

nota:kredit to I Luv Islam....

No comments:

Post a Comment