Thursday, May 5, 2011

Tribunal Pengguna

pernah dengar tak pasal "TRIBUNAL PENGGUNA"??
Semalam secara tak sengaja aku tertengok drama kt TV1 dlm pukul 9.30pm ...aku tengok pon sbb Ungku Ismai Aziz tu berlakon,klu tak dah lama aku tukar channel lain...rupa2nya drama tu pasal "Tribunal Pengguna" so aku layankan je la demi Ungku Ismail Aziz..hihihi

ni la Ungku Ismail


drama ni cerita camana kita nk failkan permohonan utk certain2 kes tuntutan yg nilai < RM25K.

contoh2 tuntutan:
kena tipu pasal pakej perkahwinan
pakej agensi perlancongan


Cara-caranya:
*Pergi ke mana2 Pejabat Tribunal Pengguna yg terdekat dengan anda.(Seluruh Malaysia)
KPDNKK Seberang Perai- dekat dgn Nasi Kandar Subaidah
KPDNKK Sg Petani -Taman Ria
*Jumpa pegawai yang bertugas  dan anda akan diberikan "Borang 1".Anda perlu mengisi dalam 4 salinan.borang ni free je boleh ambil kat Pejabat Tribunal or download dari website tribunal.
*Yuran pemfailan ni cuma RM5.00 je...resit akan dikeluarkan after kita membuat pembayaran.
*Anda akan diberikan 2 salinan borang 1 tadi.1 salinan perlu diserahkan kepada pihak yang 1 lagi.


Hari Pendengaran
Pada hari tersebut,anda tidak boleh diwakili mana-mana peguam sama jugak utk pihak yang 1 lagi.
Pendengaran ini akan dijalankan dihadapan  seorang "Presiden" anggota Tribunal jugak.
semasa pendengaran ini berlangsung anda dan juga pihak 1 lagi tu perlulah membawa semua bahan bukti,saksi atau apa2 ja yang boleh menyokong permohonan anda.
Keputusan permohonan anda akan diberitahu pada hari tersebut jugak.

Sesiapa pun boleh menghadiri semasa proses pendengaran ni berlangsung..Terbuka kepada orang ramai.

Need more info,sila layari laman sesawang Tribunal Pengguna. Klik disini.




nota:jika terdapat sebarang pencanggahan atau ada yang mn2 tak betul...harap dimaafkan..sumber info ni pon amik dari drama tu...hihi





No comments:

Post a Comment