Friday, May 27, 2011

Fenomena Halo - 27 May 2011

hari ini terjadinya Fenomena Halo Matahari,berlaku tengahari tadi...

so pls find out below pictures...

Inilah kebesaran Allah Yang Maha Esa





Happy 1st Besday Aarif Aqil

Selamat Hari Lahir yang ke-1 buat Aarif Aqil

25 May 2011

Allah Murahkan rezeki  Aqil
&
Mudahkan segala urusan Aqil



Thursday, May 19, 2011

Kasih Sayang

KASIH SAYANG....ia seperti udara,tak dapat dilihat tapi kita dapat merasa kehadirannya....

Monday, May 16, 2011

Hanya padaMu aku meminta!!

Ya Allah
Jika Jodohku jauh...maka dekatkanlah
jika jodohku lambat..maka percepatkanlah
dan jika jodohku buruk...maka perbaikilah
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar
Maka dengarlah rintihan hambamu ini
dan Engkau Maha Memberi
Maka kabulkanlah hajatku ini....
Amin


“Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’"-Surah Al Anbiya ayat 89.





“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.”


nota:Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku....



Wednesday, May 11, 2011

Class MakeUp

Baru2 ni aku ada join class makeup.."Teknik Solekan Peribadi" kat Kolej Komuniti Kulim...memang best la...aku join class ni dengan kwn2 opis aku...semuanya nk melawa...hihihi...cikgu yang ajar kami tu nama Zureen...aku lupa plak apa nm penuh dia..orang dia pon cun pastu ada buka butik kt Taman Selasih,Kulim...
Dia ajar kami dr 0 hingga la tau makeup...wlwpun tak  pro..atleast blh gak la makeup...hihihi..
mcm aku yang tak pernah makeup ni...dapat gak la ilmu tu...jimat kos nnti bila aku nk bertunang or kawen..tak pyh dah upah org makeup...blh buat sendiri...jimatkan...la ni kita kena berjimat sbb semua harga brg naik..hahahaha
apa yang best pasal class ni,kita cuma bw diri kita ja...byr RM20 shj untuk 20jam ( 3hari ).Semua alatan makeup disediakan oleh pihak kolej..murahkan....so sapa2 rasa nk join tu leh contact Kolej Komuniti Kulim..Klik disini.Macam2 kursus jangka pendek ada...So dari kita buang masa takdak buat apa2 bila hari2 cuti...leh la join class2 ni...dapat gak menambah ilmu didada tu....

silibus utk class makeup ni pon best gak....
1st day - ajar cara nk buat facial dan teknik makeup peribadi.
2nd day-ajar makeup utk dinner,buat smokey eyes & 3D,nk boh bulu mata palsu
lastday - ajar makeup utk pengantin.


pengantin to be.....

Kak cik -dimakeup oleh fariha

fariha dimakeup oleh kak cik



posing kat Tesco Kulim

pic with cikgu

sebenarnya byk lagi pic masa class makeup ni,tapi disebabkan byk pic yang tak menutup aurat tak dapat la nk share kt sini..hihihi...






nota kaki:la ni dok simpan duit nak beli alat makeup..hihi..terutama brush berbulu tupai..

Thursday, May 5, 2011

Tribunal Pengguna

pernah dengar tak pasal "TRIBUNAL PENGGUNA"??
Semalam secara tak sengaja aku tertengok drama kt TV1 dlm pukul 9.30pm ...aku tengok pon sbb Ungku Ismai Aziz tu berlakon,klu tak dah lama aku tukar channel lain...rupa2nya drama tu pasal "Tribunal Pengguna" so aku layankan je la demi Ungku Ismail Aziz..hihihi

ni la Ungku Ismail


drama ni cerita camana kita nk failkan permohonan utk certain2 kes tuntutan yg nilai < RM25K.

contoh2 tuntutan:
kena tipu pasal pakej perkahwinan
pakej agensi perlancongan


Cara-caranya:
*Pergi ke mana2 Pejabat Tribunal Pengguna yg terdekat dengan anda.(Seluruh Malaysia)
KPDNKK Seberang Perai- dekat dgn Nasi Kandar Subaidah
KPDNKK Sg Petani -Taman Ria
*Jumpa pegawai yang bertugas  dan anda akan diberikan "Borang 1".Anda perlu mengisi dalam 4 salinan.borang ni free je boleh ambil kat Pejabat Tribunal or download dari website tribunal.
*Yuran pemfailan ni cuma RM5.00 je...resit akan dikeluarkan after kita membuat pembayaran.
*Anda akan diberikan 2 salinan borang 1 tadi.1 salinan perlu diserahkan kepada pihak yang 1 lagi.


Hari Pendengaran
Pada hari tersebut,anda tidak boleh diwakili mana-mana peguam sama jugak utk pihak yang 1 lagi.
Pendengaran ini akan dijalankan dihadapan  seorang "Presiden" anggota Tribunal jugak.
semasa pendengaran ini berlangsung anda dan juga pihak 1 lagi tu perlulah membawa semua bahan bukti,saksi atau apa2 ja yang boleh menyokong permohonan anda.
Keputusan permohonan anda akan diberitahu pada hari tersebut jugak.

Sesiapa pun boleh menghadiri semasa proses pendengaran ni berlangsung..Terbuka kepada orang ramai.

Need more info,sila layari laman sesawang Tribunal Pengguna. Klik disini.




nota:jika terdapat sebarang pencanggahan atau ada yang mn2 tak betul...harap dimaafkan..sumber info ni pon amik dari drama tu...hihi