Thursday, April 21, 2011

Tips-Tips Nak Dapatkan JODOH

Entry kali ni agak menarik coz aku dgn kawan2 aku yang lain sering ditanyakan dengan soalan cepucemas ni

"Eh,hangpa bila lg???takkan tak dak calon kot..nk tunggu apa lg!!"

Soalan ni sering aku dengar dan ditanya bila jumpa kwn2 yg dah kawen,makcik2 dan ramai lagi la..sampai taktau nk jawab apa...jawapan aku selalu sama je
"Tak dak calon,belum tiba waktunya lagi dan yg paling best aku tnya balik org yang selalu tny soalan tu kt aku "ada calon ka?klu ada bg la..."

Kadang2 orang selalu cakap "hang ni memilih sangat kot"..hello...macam mana nk pilih kalau pilihan tak dibagi...tak paham la aku...orang kadang2 tak paham apa yg aku dgn kawan2 aku rasa...Awat depa ingt km ni tak teringin ka nk ada family...ishk2...

apa-apa pun aku selalu ingatkan diri aku,Jodoh,maut,rezeki ditangan Allah dah ditetapkan pun.Kita mampu berdoa dan berusaha.

Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh Allah. Apabila Allah menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana Allah Maha Mengetahui. Apabila Allah telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna Allah sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk

ada doa yang boleh diamalkan untuk mendapat JODOH.

1) Surah Yusuf ayat 4
2) Surah Al-Anbiya ayat 89
3)Surah  Toha ayat 131 dan 132

Amalkan ye...semoga doa kita dimakbulkan Allah..Amin...






 nota kaki:Percayalah pada Qada' dan Qadar..semua orang inginkan kebahagiaan.

No comments:

Post a Comment