Monday, May 25, 2015

Percutian Bajet Ke Langkawi Part 2

Sambungan..............................
16 Mei 2015
pagi-pagi bersiap nak ke Cable Car.Take note,hangpa kena pi awal sikit,supaya tak kena tunggu lama dan beratur panjang.Lagipon Cable Car ni depends on cuaca,kalau hujan..angin kuat ke..tak dak rezeki la hangpa nak naik.
Tiket Combo :
Mykad holder RM47.00/pax
Cable Car + 3D Art Paradise

Abis layang Cable Car,masa utk bergambar di 3D Art ni.
Sapa yang pandai posing,memang best la.Kalau cik noradla,yang pemalu ni,Posing sama je..
Cuma 1 la,kat 3D Art ni,staff macam tak ramai.Contoh cik noradla dengan kak wani je.Kalau dua2 posing sapa nak tolong snap pic.Management kena buat sesuatu ni,kat Penang setiap tempat ada staff yang akan tolong ajar dan amik gambar kita.Sedih kan...takkan nak selfie kot..tak sesuai langsung.
nak suruh orang,orang tu pon nak bergambar jgk.

Dah tengahari,masa untuk lunch.My feveret place  Kedai Makan Kak Timah.Makan berdua include air RM8.00 oii...mana nak dapat kalau kat tempat lain.
Hangpa kalau nak makan,pi ja kedai ni.Kat Jalan Trimula area Pusat Perdagangan Kelana Mas,KUAH.
Lepas makan,ke MARDI plak.RM7.00/per entry utk mykad holder la..Kalau pelancong luar RM 25.00 sorang.Kita dibawa naik trump,ronda-ronda la dalam MARDI.Sampai kat 1 tempat tu.Kita dijamu makan buah-buahan.Makan la puas2...pisang,tembikai,belimbing....
Ada ladang anggur kat sini.Jangan kata perlis dan sik ja ada,Langkawi pon ada anggur.
Dari MARDI kami ke KUAH,shopping lagi dan terus ke Dataran Lang.Kalau mai Langkawi tak pi Dataran macam tak complete la.Berposing-posing sat.Terus la ke Cenang lagi.Kak Wani nak beli t-shirt.
Dan pi makan laksa kat jalan tepi airport tu.Dah kenyang terus ke Airport.
Nak balik dah...Flight pukul 10.40 malam.
Abis la percutian kami ke Langkawi.
kalau tiket murah lagi,nak pi lagi la....

Total RM300.00/sorang

 Anggur di MARDI

With si hidung panjang dkt 3D Art

Percutian Bajet Ke Langkawi Part 1

Alhamdulillah,percutian pertama untuk tahun ni berjaya.
Kali ni kita ke Langkawi,Kedah.Bercuti di negeri sendiri :)
Langkawi 14 - 16 Mei 2015

14 Mei 2015
Fly dr KLIA2 pukul 07:40 malam.Tiket tak mahai pon.
Cik noradla bersama Kak wani je dlm trip kali ni.
Sampai kt sana dalam pkl 8.40 mlm,turun je,abg kereta sewa dah tunggu.Sewa dari Fikri.
terus pi Amzar Motel,ingat ada la bilik yg harga murah tu.Tapi...xdak.Terpaksa la amik yang mahai sikit.
Dah dapat bilik,kami cari makan la plak.Pastu balik la tidoq.

Return Tiket RM 80.00/sorang
Kereta Sewa Viva Auto RM100.00/2 hari
Bilik Amzar Motel  RM 75.00/semalam

15 Mei 2015
Pagi-pagi dah bangun sebab nak p Island Hoping.Nak beli tiket utk Island hoping ni,jangan risau,kat sepanjang jalan Pantai Cenang tu berlambak agen jual.Kami dah beli siap2 semalam tu.
Tips utk korang nk p island hoping, tak yah nak pakai lawa-lawa sangat aih..xyah nak pakai heels 3 inci ka apa..pakai selipar ja,bawa makanan,Kami beli nasi lemak + kuih kat area pantai cenang tu.Jangan lupa bawa air ye.Sat lagi dahaga plak..takkan nk minum air laut kot.Kalau rasa tak sempat nak beli semua tu,jangan risau,kat jeti nak ke Island Hoping tu ada orang jual makanan.
First tempat kami pi Tasik Dayang Bunting,kat sini nak pesan lagi,kena jalan jauh sikit sebelum sampai ke tasik tu tau.Naik tangga turun tangga.Lengguh kaki oiii.Cik noradla yang muda lagi kuat ni pon semput jgk.Pesanan lagi bila sampai sini.jalan elok2..tangga dia tinggi2..pastu jangan dok bawa nasi lemak sambil berlenggang kangkung ye..Di amik oleh monyet la nnt.Monyet banyak ye.So makanan letak dalam bag galas.
Next,pi tengok burung helang plak. Eagle Feeding Jangan risau kita tak turun pon,tengak dari dalam bot je.Banyak sungguh burung tu.Ada dalam 15 minit lepak tengok burung,pastu terus gerak ke Pulau Beras Basah.
Kat sini,beringat jugak ye.Banyak monyet.Berhati-hati la ye kawan2.yang penting pantai dia best dan air dia biru je.Boleh la mandi manda kat situ.Lagi satu nak pesan NO TOILET HERE.Kalau nak membuang,pandai2 hangpa la ye.

Estimate duration p Island Hoping dalam 3-4 jam je.
So manfaatkan sebaiknya.
harga tiket RM30/sorang
kalau hangpa pi 1 family,boleh book private boat,so hangpa ja la yang da dlm boat tu.Tak la campur2 dengan pelancong lain.
Pulau Beras Basah

Balik dari island hoping,dengan baju lembab tak kering tu,kami ke Kuah.Nak check in kat sana pulak.
Kami check in kat Sinaran Motel,betoi2 depan dengan Kompleks HIG.
Murah jgk bilik kat sini padan dengan bilik dia.
Bilk Twin 
RM 60.00/ semalam (non peak)
RM 80.00/semalam (peak season)

Bilik yg kami duduk

Dah dapat bilik,pastu bersiap pulak nak menjelajah Pulau Lagenda nih.Kami cadang nak ke MARDI,tapi...hari jumaat depa tutup.Kami pon merayau2 la sampai ke Ayer Hangat.Jumpa pasar malam plak dah...perut lapar.Apa lagi,shopping kat pasar malam la.Beli nasi goreng,pulut durian dan banyak lagi la.
Lepak makan kat Pantai Pasir Hitam.Masa pi tu,air tak pasang.
Abis makan gerak pi Cenang lagi.Adoiiii tak leh berpisah sungguh dengan Pantai Cenang.
Jalan-jalan tepi pantai..feeling2 sat kat situ.Nasib tak bawa marka,kalau dak,boleh la berlari berkejaran bersama-sama
Pastu balik semula ke Kuah.Malam tu,jalan kaki ke Kompleks HIG.Beli la sikit coklat pesanan kawan-kawan.
Balik tidoq.