Saturday, March 21, 2015

Alhamdulillah

Alhamdulillah,syukur pada yang Maha Esa.Hati ini makin tenang,happy dan ceria ja.Pada mulanya,menitis jugak ayaq mata ni,tapi la ni "I'm okay".Dah tak mcm hari tu.Semakin baik.Redha dengan ketentuan Allah.Kita ni sebagai hamba,kena terima semua dugaan dan cabaran ini.Ni tanda Yang Esa sayangkan kita.Allah ambil semula sesuatu dari kita dan Allah akan ganti sesuatu yang lebih baik.Yakin dengan janji Allah.Cuba ingat balik,apa tujuan kita hidup ni.
Allah lebih tau apa yang kita perlukan.
Hargai apa yang kita miliki.Hidup ni didunia ni tak lama,bila- bila kita akan temui semula pada Pencipta.
Teruskan kehidupan ini selagi masih punya waktu dan berbahagialah.
Teruskan tersenyum dan memeluk sempurna.

Friday, March 20, 2015

Cara Nak Ke Putrajaya

Nak pi Putrajaya tapi nak kena naik public transport,camna hah??
Nak naik bas apa?
Ada LRT ka?ERL tu camna plak?

Banyak persoalan difikiran macamana la nak sampai ke Putrajaya,tambah2 utk sapa2 yang kena lapor diri kerja kat Putrajaya.Ok jangan risau,lepas baca entry ni,mesti sikit banyak tambah gak pengetahuan hgpa.

Cara 1:
Naik Flight
Landed kat KLIA @ KLIA2
Cari kaunter Tren Ekspress ke Kuala Lumpur & KLIA(ERL)
Gtau ja kat kaunter tu nak ke Putrajaya,harga tiket RM6.20 sehala RM 9.40 sehala
Pls take note,hgpa kena naik tren KLIA Transit ye.Jgn silap naik tren KLIA Ekspress plak.
Dah sampai Putrajaya,turun la kat situ

Cara 2:
Bas
hgpa yg turun kat Puduraya
Hgpa kena naik LRT kat situ.Kat Puduraya tu hgpa nampak signboard ke LRT,ikut ja,kalau tak tau,tanya ja kat orang,nak tanya pon tgk2 orang sama na.
beli tiket nak ke Bandar Tasik Selatan,kalau ada kad touch N go,swap ja kt laluan nak masuk tu,
Naik LRT yg nak ke Sri Petaling ya.

Okay, sekarang ni semua bas ekspress dari seluruh negara akan turun ke Terminal Bersepadu Selatan kat Bandar Tasik Selatan. So hgpa  follow je cm kat bawah ni :
Kat sini agak conpius sket utk sapa2 yang tak pernah sampai.
Kenapa ya?
Kat sini ada LRT,KTM,ERL. Keluar ja dari TBS tu,cari signboard nak ke ERL.
Pi kat kaunter beli tiket nak ke Putrajaya Rm 5.30 sehala RM 8.00 Sehala
sampai Putrajaya turun la ye.

Cara 3:
Bas
Ni dari KOTARAYA.
Hgpa naik bas kat stesen bas dkt MYDIN tu.
Hgpa buleh naik bas RapidKL no E1 nak ke Putrajaya.tambang RM3.80 
La ni dah xdak bas RapidKL ke Putrajaya...Sekarang naik bas NADI PUTRA no bus 500
Tambang masih sama RM3.80. Tak pon hgpa naik bas kat PASAR SENI, tp bus stand yg berdepan dgn KTM tu ya, dkt bawah flyover LRT tu. Bukan kat bas RapidKL tu plak.

Cara 4:
Bas Ekpress
yang ni hgpa naik dari rumah hgpa ja la kn,cari ja bas nak ke Putrajaya,
takpon hgpa klik ja link ni

Dengan cara-cara kat atas ni,hgpa akan sampai ke PUTRAJAYA SENTRAL
sampai ja kat sini,hgpa blh naik bus @ teksi.
Nak murah,naik la bas,sebab tambang RM0.50 ja.
Kalau naik teksi,hgpa pi kat kaunter Teksi,bgtau nak pi mana pastu bayar ja la.


Kalau nak ke Pejabat Kerajaan :

Kompleks A,B,C,D,E
 Bas No L01,L02,S01

 Presint 2, 3,4
Bas No L03,L04,L05,D25

Presint 4,5
Bas No  S02,L04

Selalu orang ramai nak ke JPN dgn Imigresen blh la naik L03,D25,L04
Kalau nak ke KPT naik L04,S02
Nak ke JPA naik L01,L02,S01
 kalau nak balik ke Putrajaya Sentral,naik bas yg sama jugak ye

Okay!
harap-harap dapat la tolong hgpa2 semua ye


Yg highlight kaler merah tu, info yg paling latest la ehhh...
hat lain still remain :)
update 26/1/2017


Ni update paling latest 1/3/2018. Abaikan yg sebelum ni.
THANKS






Thursday, March 19, 2015

Detox Water


nindia ayaq detox yg cik noradla buat baru2 ni.Konon nk detox la,tp time melantak tak ingat dah.kawan cik noradla gtau kalau minum ayaq ni,tak leh la mkn makanan pepejal cam ayam,daging dan sebagainya tu.Buleh makan sup sayur ja,Adooiiii memang kurus la,dok makan sup sayur hari-hari.
Ni resepi yang cik noradla guna:

Bahan2:
Botol yang cantik
Air Putih
Lemon
Daun Pudina
Timun Jepun

Masukkan semua bahan2 tadi ke dalam botol.Boh ayaq.
dan paling spesel dalam resepi ni titiskan STEVIA.
Sejukkan dalam peti ais atleast 8 hours
Buat malam ni,esok pagi dah buleh minum

mesti herankan pasal pa la dok boh STEVIA ni.
Tuan/Puan sekalian,
STEVIA ni pengganti gula dan yg plg penting 0 kalori.
Dan air detox kita jadi manis macam tuan yang buat.
Kalau tak boh STEVIA,rasa detox ni masam2,kelat2 sket.Boh STEVIA,perghhhh sedap terus sekali minum habis sebotol.

Rasa-rasa nak order,comment ja kat bawah ni.

ok.Selamat mencuba dan cepat kurus.




Monday, March 16, 2015

Redha

Andai yang pergi itu cinta
Yang datang itu JODOH

Sunday, March 15, 2015

The End


Sayu hati hari ni..doa belum termakbul.mybe ada byk dosa dan usaha tak cukup kuat.kita mampu merancang,Allah penentu segalanya.
Allah mahu aku lbh bersedia.Maha kasih Allah,kita tak tau apa yang Dia aturkan buat kita.

Anggaplah sahaja kita tidak punya jodoh,walaupun kita hakikatnya tidak tahu apakah aturan Allah antara kita.Biarlah itu menjadi rahsia Allah.

Yakinlah bahawa segala ujian dan jgk cabaran tu,ada pahalanya bt kita jika tempuh dgn sabar dan tabah.
Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya

redha,sabar,tabah dan teruslah tersenyum.

Credit:memeluk sempurna

Tahniah putih!!selamat bertunang

Tuesday, March 10, 2015

Review : Sebelum Aku Bernikah : Memeluk Sempurna



Assalamualaikum
Last week cik noradla p "Ekspo Buku Islam 13" dekat Dewan Cempaka Sari,Putrajaya.Ala selang 3 bangunan ja dari ofis cik noradla.Tak jauh pon.Cuma kali ni buku-buku macam tak berapa nak banyak tak macam last year.Last year p ekspo 3,4 kali.kali ni p sekali ja.Takpa tunggu ekspo buku antarabangsa kt PWTC next month.
Untuk kali ni,cik noradla tangkap 1 je buku.
Sebelum Aku Bernikah : Memeluk Sempurna
by Hilal Asyraf
Cik noradla memang dok kumpul semua karya Hilal Asyraf ni


 harga RM:29.00 /semenanjung
dapat 15% diskaun masa kat ekspo

bercerita tentang buku nih,BAGUS untuk orang2 yang berniat utk berkahwin,utk orang2 muda yang tak nak kahwin lg pon xpa.

Antara point yg cik noradla dapat selepas 1 kali membaca:

  • perbetulkan niat utk berkahwin-SEBAB NIAT MEMBENTUK TINDAKAN KITA
  • cara nk bagitau kalau kita suka seseorang tu
  • cara melamar dan kalau ditolak lamaran
  • perkahwinan - meraikan perkahwinan dengan cara bagaimana,ikut syariat ke tak
bila baca buku ni,membuat cik noradla terfikir2.cara bagaimana nak luah rasa cinta dengan betul,adab2 yang perlu dipatuhi semasa bertunang,di majlis perkahwinan,setelah berkahwin dan hidup bersama suami kelak.kadang2 benda yg tampak remeh tetapi impak yang besar.
Nak tau lebih2,kena la beli buku ni,khatam bagi abis,ni pon tak puas lagi membaca,nk ulang lagi.

selamat membaca


nama putih lebih kurang nama penulis :)