Saturday, March 29, 2014

Maafkan aku

Kadang-kadang diri ini terlupa,terlupa bahawa aku hanya menumpang kasih sayang orang..
Terlupa yang dia bukan milikku
Tapi kasih sayangnya yang aku rindu...
Maafkan aku di atas segala kekhilafan aku....
Aku SAYANG kamu!!

Mood:Bila hati bercelaru dan otak runsing

Friday, March 28, 2014

Jom Makan : Cafe @ PICC,Putrajaya

Cafe @ PICC,Putrajaya
Tempat baru untuk menjamu selera terutama waktu lunch
nak tau pasai pa...
sebab buffet lunch dia hanya Rm15.00 nett(dewasa) RM 8.50(Kanak2)
Murahkan....

Disebabkan tu jugak,hari ni cik noradla p la try makan kat situ...

  • Parking Lot yang banyak
  • Permandangan yang indah oiii
  • Tempat yang selesa
  • ada lebih 65 jenis hidangan 
lauk pauk banyak,sampai  tak tau nak makan yang mana 1.
hari ni yang antara lauk pauk yang ada ikan keli masak lemak,ayam masak merah,masak lemak tenggiri,ayam goreng berempah,kambing masak kurma,sotong goreng,ikan bakar,ikan masin goreng dan banyak lagi...kena mai sendiri dan pilih nak makan apa.Budu pon ada....hehe


paling cik noradla suka adalah bubur,perghhh sedap x ingat la...bubur gandum,bubur jagung,pengat pisang dan jugak bubur pulut hitam...selain tu ada juga mushroom soup...
Bubur kat sini kalau full mark 5,cik noradla bagi 6..hehehe

P la try,mesti anda rasa tak rugi...makan kenyang2....
Selamat menjamu selera


Sebelum nak p,better booking dulu ye..takut full xdapat la nk makan...
boleh call 603-8887 6000.Dibuka dari isnin - Jumaat 11.30pagi - 3.00petang.
Check fb : PICC

PICC



 mushroom soup
 Bubur

Mana Penghujungnya

 Di setiap permulaan mesti ada penghujungnya atau pengakhirannya....cuma adakah permulaan dan penghujungnya seperti yang dijangka atau yang diharapkan atau pun totally berbeza...

Permulaan selalunya bermula dengan yang indah-indah dan di fikiran beranggapan sepanjang masa dan ketika sehingga ke penghujungnya akan kekal sama dan mungkin lebih indah dari mulanya..

 Dan boleh jadi juga,permulaan yang indah tapi akhirnya lebih teruk atau tidak seindah yang di impikan..

Yang pasti tak semua indah seperti yang dijangka dan begitu juga sebaliknya...







Mood:Bila fikiran dan perasaan berkecamuk,x seiringan....

Monday, March 24, 2014

Selamat Pengantin Baru Sahabatku

Selamat Pengantin Baru
"Barakkallah lakuma wajamaa' bainakuma filkhair"
Fiqa Rashid & Zawahir

Tahniah!!
Perjalanan baru bermula
Bermula episod dan fasa terbaru dalam hidup
Didoakan semoga berbahagia dan kekal hingga ke Jannah

Nak nasihat tentang rumahtangga,aku bukanlah orang yang tepat
Yang boleh aku cakap,
kini syurgamu bukan lagi di bawah telapak kaki seorang emak
tapi seorang suami
taat dan patuhilah segala kata suamimu selagi tidak melanggar syariat-Nya

Berbahagialah dengan kehidupan yang baru
Lahirkanlah anak-anak yang soleh/solehah
Jadilah seorang isteri yang baik
Aku yakin hang mampu menjadi yang terbaik

Sebagai sahabat
Aku sentiasa ada untuk hang!
Aku sayang hang sampai bila-bila