Saturday, November 1, 2014

Kursus Jatidiri & Kerohanian

Bulan lps cik noradla join kursus jatidiri & kerohanian anjuran unit latihan MITI kat Taman Negara Endau Rompin Selai,JDT.Seramai 34 org yg join ni.Kami bertolak lebih kurang pkl 0900 dr hentian Nilai.Bas amik kami yg dr Putrajaya kt RnR tu.Km smpi di Pejabat Taman Negara lbh kurang dkt pkl 1300.Pastu,kena naik 4WD plak utk smpi.Kt pejabat ni,cm besa la.kena register dulu.tmn negara bkn blh msk mcm tu je.Hmpir sejam naik 4WD utk smpi.Jalan nk ke sana..perghh mencabar btoi.Lalu kat kwsn rumah org asli.Smpi sn je,km diberi taklimat oleh pegawai yg bertugas.Dia cerita la serba sket ttg tmn negara ni.Pastu,masa utk masuk dorm..utk rehat2.Lebih kurang pkl 1700,km layan 1st task.Klu p kursus mesti da "PECAH AIS".km diberikan kumpulan.Cik noradla team 3.Kena la bt cheer,bg nm kump.
Nama kumpulan 'belanga'.Dah setel bab tu,bermula 2nd task "treasure hunt',tp sblom tu kena bt game susun paku diatas 1 paku.sapa siap dlu,blh trs ke treasure hunt.utk makluman,task ni all in english.perghh..lupa nk bw kamus.nasib la english terror..hahaha
Malam plak bt aktiviti kumpulan."Mari memegang katak" dan "mari tiup belon"...pastu "night walk"...suluh la torchlight dlm gelap..cuma dpt tgk kelip-kelip ja.
End 1st day.......

Friday, October 24, 2014

Tinta 2 Asyraf


Dengan Nama Tuhan,kami nukilkan

"Tinta 2 Asyraf"

Karya:Hilal Asyraf & Imam Muda Asyraf

keluaran :PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 20.00



Nak review pn,tak boleh lagi sebab belum start baca..cuma nak bagitau ni my latest collection.
Selamat membaca


Nota kaki:beli sebab tajuknya ada nama Asyraf...hehe



Tuesday, October 21, 2014

Selamat Hari Lahir


Selamat Hari Lahir
Yang ke 27
untuk 
Muhammad Asyraf
pada 16 Oktober 2014



dan tak lupa

Happy Birthday Mama Fameiza
yang ke 25
pada 14 Oktober 2014


Semoga senantiasa dirahmati,dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu




Nota kaki :maaf la baru sempat nak update sb keluar dari kota metropolitan baru-baru ni.Nanti update tentang luar kota  akan menyusul...



Wednesday, September 17, 2014

Setahun Berlalu

Setahun berlalu...flash back

tanggal 17 September 2013,cik noradla berada di Kluang Johor utk lapor diri utk keja gomen kat IKWAS.First time jejak kaki ke JDT.Dari Kulim ke sana naik bas sorang2..berani sungguh..

Hari ni,17 September 2014.La ni cik noradla ada kat Putrajaya.Genap setahun cik noradla merantau jauh..jauh dari famili,tapi tiap2 bulan balik kampung.Mcm bulan ni dah dua kali balik Kulim...Setahun juga cik noradla berkhidmat dengan gomen.

Jauh lagi perjalanan ini,selepas ni tak tau la kena posting mana,stay here atau berpindah ke tempat lain..dah nama pun keja gomen,SYMP je la...saya yang menurut perintah :)

Hari ni,besday marka lama cik noradla..hehe
happy birthday dear!!









Saturday, September 6, 2014

Hasad Dengki

Hasad
-berkehendak supaya org lain yg dpt nikmat,hilang nikmat tu
-Kita suka jika org lain ditimpa musibah,kecelakaan dan bencana
Cth2 hasad dengki,jika kita tgk rmh tangga seseorang tu bahagia,tiba2 cerai.kita pn kata 'padan muka depa'.ni la dinamakan hasad.

Ingat!!org yg hasad ni,akan dibalas balik apa yg dia hasadkan..apa yg kita dok dengki kt org,yg tu la akan kita dpt plak.

Hasad dengki ni ada +ve dgn -ve..

+ve disebut ghibtah "maksudnya kita dengki dgn seseorg tu dan kita nk jadi cm org tu..cth:org tu rjn bt amalan baik,kita pn nak ikt bt cm tu jgk.."

-Ve disebut ghirah maksudnya perasaan cemburu yg penuh dlm hati.org yg da perasaan ni mybe tak kacau perasaan dan hak org len.cuma dia xdpt spt apa yg dicemburukan.

Kesimpulan janganlah dok berhasad dengki ni,kalau rs mcm tu cepat2 la ingat Allah dan istighfar banyak2.. Dan belajar redha dan terima apa ja nikmat yang Allah tentukan dan bagi kt kita...moga kta mampu menanganinya...

Sumber::Cukup hanya Allah

Thursday, August 7, 2014

Ramadan Pergi

hari ni masuk hari yang ke 11 menyambut syawal utk tahun nih.Sekejap ja kan masa berlalu..so ada lagi 19 hari lagi utk sesapa yang nak berpuasa 6.Cik noradla,sehari pon blom posa lagi..hehe

Raya tahun ni,tahun pertama la dan 1st time jugak merasa meredah jem utk balik kampung.Selalu 4-5 jam ja utk sampai dari KL -  Kulim,tapi masa balik raya... 12 jam oiiii..mau tak lama,boleh drive 5-10 km/j ja.Penat betoi dok dalam kereta,padahal bukan cik noradla drive pon,sahabat cik noradla ja yang drive 'Kak wanie'.Thanks la kat kak wanie,sebab bagi tumpang balik bersama..hehe..Selalunya dok tengok orang ja balik beraya dikampung,kali nahh...rasakan..balik kampung hohoho balik kampung hati girang...

Thn ni,kami sekeluarga menyambut raya dengan 2 orang baru iaitu Fateh Ihsan dan juga Anas Husainy.Dua2 nih anak menakan cik noradla yang baru lahir tahun 2014 nih,fateh lahir bulan Januari dan Anas bulan puasa 6/07/14.So,meriah la rumah kami.Semua balik beraya bersama2..

Raya tahun nih,cik noradla ambik cuti seminggu,rasa sakan betoi..tapi ada jugak tapi tu.BAJU RAYA besar oiii..nak kata cik noradla dah kurus hmmmm macam dak ja,mak cik tu salah potong nih,.besar sgt.frust sgt bila pakai baju tu..baru eksaited nak melaram baju baru..

Dan tahun ni,cik noradla masih beraya di rumah family cik noradla lagi..so tak yah pening2 nak pikir nak balik rumah sapa dulu..hahaha..dah bujang lagi katakan..thn ni,ramai kawan cik noradla beraya rumah mak mentua depa.so insyaallah my turn will come soon,next year i beraya di rumah in laws  :) dan next year boleh la htr mesej raya yg diakhiri cik noradla & suami..insyaallah..kita hanya mampu merancang,Allah yang akan tentukan..moga jadi kenyataan la ye.

Selamat Hari Aidilfitri Maaf Zahir & Batin   
- cik noradla & family..




Wednesday, August 6, 2014

Izin Dari-Nya

"Mencari orang yang mencintai kita,peluang itu selalu tipis.Tapi tak ada yang mustahil dalam dunia ini,kalau Allah belum izin memang susah!Cuba kalau Allah bagi izin,semua senang dan mudah.Allah akan bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu....."



copy & paste : Novel Isteri Untuk Disewa

Friday, July 18, 2014

Takziah MH17 20 Ramadan 1435h

Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga penumpang pesawat MH17 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur semalam terhempas di Ukraine.Dan semua penumpang jumlah penumpang 298 orang.


sebelum ni MH370 hilang dan sampai sekarang still dalam pencarian.Less than 5 months.
Dugaan utk Malaysia dan jugak MAS.

"Dari DIA kita datang,kepada DIA juga kita kembali"

"Tidaklah Allah menurunkan ujian kepadamu,melainkan kerana cinta-Nya kepadamu"




Monday, July 14, 2014

16 Ramadhan

Sekejap ja rasa masa berlalu,hari nih dah masuk 16 hari berpuasa.Esok dah nuzul al quran..Selamat Menyambut  Hari Nuzul AlQuran..memperbanyakkan membaca al-quran serta ibadah/amalan yang lain..semoga ibadah kita diterima oleh Allah.
hari yang ke 16,so insyaallah lagi 2minggu kita akan berhari raya...hari ni dah start dengar lagu2 raya..touching betoi..sedih ja rasa..dan paling penting tak sabar nak balik kampung...

tiba teringat zaman muda mudi dulu masa nk sambut raya..la ni kalut dah ajak mak pi kulim,nak beli bj raya..bukan setakat bj ja,kasut baru,getah rambut baru dan jgk beg nk buh duit raya pon br...beli yg ada tali tu..senang nk bw..kasut plak beli yg da tali2..ikat tu..zaman tu,cm best ja la pkai kasut tu..haha..baju raya kena ada banyak pasang,baju kurung dgn baju tshirt+seluar jeans..raya pertama ja pkai baju kurung esok tu pakai baju tshirt dgn seluar plak..senang nak jln keliling kampung..kutip duit raya..

petang2 plak,sambil nk tunggu buka posa,dok layan tv ja la..rancangan yg paling byk..rancangan memasak la...buat kuih raya la,masak utk berbuka..masa tu terliur ja rasa..huhu..tak tahan godaan.

zaman tu bazar ramadan xdak dekat2 dgn rumah.So mak akan masak la makanan kegemaran anak2 dia..hehe..pastu akan bertukaq2 hidangan dengan rumah sebelah,.lagipon sebelah rumah pun bukan rumah orang lain,kiri rumah tok ngah ,kanan rumah tok..alhamdulillah sampai la nih,tradisi menukar2 juadah tu kekal.

time berbuka...part paling best nih,tuang ayaq siap2 dalam gelas/mug..cari mug yg besar.sebab nak minum banyak..dah kena ayaq segelas,penuh la perut...tambah makan nasik plak..sebab tu la sampai ke sekarang ni time buka wajib makan nasi..

tu kisah zaman masa kecik la,sekarang ni dah dok menyewa dengan kawan2,makan ala kadar ja la.masak la hari2..kuih ja la beli kt bazar..ayaq pon bancuh ja la..

Apa-apa pun,semua nih kenangan yang terindah la...dan paling best kalau berpuasa kat kampung.....arghhhh rindunya.....


Tuesday, July 8, 2014

G6PD (Glucose-6-phosphate dehydrogenase)

Apakah itu G6PD (Glucose-6-phosphate dehydrogenase)?
Sejenis enzim di dalam sel darah merah.Ia berfungsi  untuk melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal.Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Diagnosa
Bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah daripada tali pusat.Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan adalah pembawa.

Apa yang perlu dilakukan bila kekurangan G6PD?
- Elakkan dari bahan-bahan/ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kemusnahan darah merah.
-Ibu-ibu yang menyusukan bayi,elakkan makan ubat-ubat tradisional dan bahan-bahan yang perlu dielakkan

Bahan-bahan yang perlu dielakkan

Makanan
  • Kacang Parang @ orang kedah panggil kacang sepat (Fava Beans)
Ubat herba
  • Chuen Lin
  • San Chi
Elakkan ubat-ubat herba/tradisional yang lain

Ubat-ubatan
  • Acetanilide
  • Doxorubicin
  • Furazolidone
  • Methylene Blue
  • Nalidixic Acid
  • Primaquine
  • dan banyak lagi
so kalau depa sakit,better refer hospital terus sbb ubat utk depa lain sket dari kita

Bahan-bahan lain
  • Ubat gegat ( napthalene/moth balls)(mak dgn anak tak boleh guna ni..BAHAYA)
  • Ubat nyamuk dan ubat serangga yg ada pyrethium
Apa yang berlaku kalau termakan?
  • Sel darah merah musnah dengan cepat
  • Boleh mendapat penyakit kuning(jaundice) yang serius
  • Bayi menjadi pucat

Sebelum nih,cik noradla tak tau langsung psl G6PD nih.Mula amik tau slps cik noradla dapat ank sedara baru 06/07/14,nama Annas Husaini.Doc inform yang dia kekurangan enzim G6PD.Sekarang pn Annas still kat hospital.Mana-mana baby yg detect G6PD nih,depa kena dok ward atleast 5 hari.untuk pemerhatian.lagi satu if ada G6PD,depa akan kena jaundice yang tinggi.Didoakan Annas akan membesar dengan kuat dan sihat.



sumber:myhealth & brochure G6PD


Monday, June 30, 2014

Selamat Berpuasa 1435h/2014

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah,tahun nih diberi lagi peluang untuk mengerjakan rukun Islam yang ke 3.Tahun nih,lain dari thn yang sebelumnya sebab.... menyambut puasa jauh dari family,tapi syukur kerna ada jugak kawan yang boleh menumpang kat rumah dia pada 1st & 2nd puasa.Thanks ye Nor zeila dan Bad 
Semoga tahun nih,diberi peluang utk menunaikan ibadah dibulan puasa sebanyak yang mungkin...
dan semoga Allah menerima segala ibadah kita
puasa tahun ni jgk insyaAllah akan diserikan dengan kehadiran orang baru.tak sabar nk tunggu..
Walaupun jauh dari family,puasa tetap puasa walaupun sayu jgk time buka puasa dan sahur.... 


Friday, June 20, 2014

Selamat Hari Lahir

20 Jun 2014,hari jumaat bersamaan 22 Syaaban 1435h.Lebih kurang 10 hari ja lagi kita akan menyambut bulan ramadhan.hari ni,hari lahir cik noradla yang ke 28 tahun.Imbas kembali pada 28 tahun yang lalu.cik noradla dilahirkan jugak pada hari Jumaat sama macam hari ni Jumaat.

Terima kasih Ya Allah,kerana masih memberi peluang pada hambaMu ini bernafas hingga hari ini.Alhamdullilah.

Terima kasih pada mak dgn ayah yang telah melahirkan dan membesarkan kak,sampai ke sekarang ni.Bezanya kali ni,kita berjauhan..mak ayah kat Kulim,kak kat Putrajaya..dont worry tiap2 bulan kak akan usaha utk balik dan jengok mak ayah.. (touching..)

Utk kawan2 yang wish besday,terima kasih atas ucapan serta doa2 kalian terhadap cik noradla.Moga Allah makbulkan dan kita semua sentiasa berada di bawah lembayung kasihNya(copy sket ayat dr Fiqa)



Terima kasih semua........

Happy Birthday!!!







Friday, June 13, 2014

Putih Ku Sayang


Semakin lama ku rasa,aku benar-benar cinta,selalu merindukanmu selalu memikirkanmu

Kamu selalu ada dalam setiap sujud dan doaku

Wednesday, May 21, 2014

R I N D U



A K U 

R I N D U

D I A


sekadar hiasan






Thursday, May 8, 2014

Kian berakhir

Makin lama makin terserlah tanda-tanda atau sign utk kita akhirkan semua cerita ini...tak perlu diteruskan,kerna tiada kesudahan yg kita sama-sama pernah impikan dulu..
Pada aku,memang berat dan perit rasa ini utk tinggalkan kamu..kamu selalu temani aku di kala aku sendiri disini..terima kasih..
Biar Allah tentukan segalanya dan kita serahkan kepada pemilik rasa CINTA itu


#bukankernaakutakcinta

Tuesday, April 29, 2014

Meminta dan Memberi


"Apabila Allah melepaskan lidahmu untuk meminta,ketahuilah sesungguhnya Allah hendak memberimu"

Ibnu 'Ataillah di dalam kitab  Al-Hikam



Zikir yang boleh diamal untuk mendekatkan/meringankan jodoh:
Amalkan:

Ya Ali,Ya Azim  - 11 x
Ayat Kursi - 3x
Tiup ke tapak tangan dan sapu di muka


Sumber:Berdua Lebih Baik

Wednesday, April 23, 2014

DIA

Dia...
Wajahnya selalu terbayang di mata
Senyumnya yang selalu dirindukan
Gelak tawa,gurau senda sering diingatan

Dia...
Jauh dimata
Dihati sentiasa
Oh Tuhan

Jangan engkau biarkan rasa cinta ini melebihi dari cintaku terhadapMu
Jauhkan dari kelalaian hingga dapat melupakanMu
Jangan jauhkan kami dari kasihMu
Limpahkan rahmatMu ke atas kami
Satukanlah hati kami dan permudahkanlah segala urusan kami

#white
#Pkp
#rasacinta

Wednesday, April 9, 2014

Jom Makan :Empangan Ikan Bakar,Putrajaya


Tempat lunch yang baru cik noradla dengan kawan se Opis serbu untuk hari ni adalah "Empangan Ikan Bakar".Actually kami p sana sebab ada Menu 1 Malaysia.Setiap set hidangan makanan include minuman hanya RM 5.00...murahkan...

Ada 3 set,A,B dan C.Cik noradla order set B(nasi+ikan cencaru bakar+air asam+sambal belacan+ulam+sayur lodeh+telur masin+air kordial)
kawan cik noradla amik set A(ikan kembung asam pedas+nasi+sambal belacan+ulam+telur masin+sayur lodeh+air kordial).
untuk set 1 lagi sama ja macam set lain,cuma lauk dia ayam,tak sure plak tadi ayam masak apa..huhu

Disamping makanan yg murah,view tempat makan ni memang best...tenang ja.
Open setiap hari kecuali Isnin
Selamat mencuba dan menjamu selera



set yang cik noradla makan

LOVE

Life is too short to wake up in the morning with regrets
So,love the people who treat you right & forget about the ones who don't....
And believe that everything happens for a reason
if you get a chance - take it
if it changes your life - let it
Nobody said that it would be easy
They just promised
it would be worth it

#copypaste

Tuesday, April 8, 2014

Noktah



Rasanya telah sampai waktu aku stop semua nih..makin lama,rasanya makin 
parah.Belajar dari kesilapan yang lalu..Sekarang nih,tunggu ja feedback,rasanya boleh 
tapi hati/mental/fizikal kena kuat la..dulu,lebih dari nih pernah aku rasa..takkan sikit ni tak 
boleh kot...hopefully everything gonna be fine...Please show the way...







Saturday, March 29, 2014

Maafkan aku

Kadang-kadang diri ini terlupa,terlupa bahawa aku hanya menumpang kasih sayang orang..
Terlupa yang dia bukan milikku
Tapi kasih sayangnya yang aku rindu...
Maafkan aku di atas segala kekhilafan aku....
Aku SAYANG kamu!!

Mood:Bila hati bercelaru dan otak runsing

Friday, March 28, 2014

Jom Makan : Cafe @ PICC,Putrajaya

Cafe @ PICC,Putrajaya
Tempat baru untuk menjamu selera terutama waktu lunch
nak tau pasai pa...
sebab buffet lunch dia hanya Rm15.00 nett(dewasa) RM 8.50(Kanak2)
Murahkan....

Disebabkan tu jugak,hari ni cik noradla p la try makan kat situ...

  • Parking Lot yang banyak
  • Permandangan yang indah oiii
  • Tempat yang selesa
  • ada lebih 65 jenis hidangan 
lauk pauk banyak,sampai  tak tau nak makan yang mana 1.
hari ni yang antara lauk pauk yang ada ikan keli masak lemak,ayam masak merah,masak lemak tenggiri,ayam goreng berempah,kambing masak kurma,sotong goreng,ikan bakar,ikan masin goreng dan banyak lagi...kena mai sendiri dan pilih nak makan apa.Budu pon ada....hehe


paling cik noradla suka adalah bubur,perghhh sedap x ingat la...bubur gandum,bubur jagung,pengat pisang dan jugak bubur pulut hitam...selain tu ada juga mushroom soup...
Bubur kat sini kalau full mark 5,cik noradla bagi 6..hehehe

P la try,mesti anda rasa tak rugi...makan kenyang2....
Selamat menjamu selera


Sebelum nak p,better booking dulu ye..takut full xdapat la nk makan...
boleh call 603-8887 6000.Dibuka dari isnin - Jumaat 11.30pagi - 3.00petang.
Check fb : PICC

PICC



 mushroom soup
 Bubur

Mana Penghujungnya

 Di setiap permulaan mesti ada penghujungnya atau pengakhirannya....cuma adakah permulaan dan penghujungnya seperti yang dijangka atau yang diharapkan atau pun totally berbeza...

Permulaan selalunya bermula dengan yang indah-indah dan di fikiran beranggapan sepanjang masa dan ketika sehingga ke penghujungnya akan kekal sama dan mungkin lebih indah dari mulanya..

 Dan boleh jadi juga,permulaan yang indah tapi akhirnya lebih teruk atau tidak seindah yang di impikan..

Yang pasti tak semua indah seperti yang dijangka dan begitu juga sebaliknya...







Mood:Bila fikiran dan perasaan berkecamuk,x seiringan....

Monday, March 24, 2014

Selamat Pengantin Baru Sahabatku

Selamat Pengantin Baru
"Barakkallah lakuma wajamaa' bainakuma filkhair"
Fiqa Rashid & Zawahir

Tahniah!!
Perjalanan baru bermula
Bermula episod dan fasa terbaru dalam hidup
Didoakan semoga berbahagia dan kekal hingga ke Jannah

Nak nasihat tentang rumahtangga,aku bukanlah orang yang tepat
Yang boleh aku cakap,
kini syurgamu bukan lagi di bawah telapak kaki seorang emak
tapi seorang suami
taat dan patuhilah segala kata suamimu selagi tidak melanggar syariat-Nya

Berbahagialah dengan kehidupan yang baru
Lahirkanlah anak-anak yang soleh/solehah
Jadilah seorang isteri yang baik
Aku yakin hang mampu menjadi yang terbaik

Sebagai sahabat
Aku sentiasa ada untuk hang!
Aku sayang hang sampai bila-bila



















Thursday, February 27, 2014

Tetap Menunggumu

CINTA, BERSABARLAH


Percayalah, kamu tidak akan pernah hidup sendirian didunia ini.

Ada seseorang di luar sana yang menyayangi dan mencintaimu
lebih dari yang kamu tahu..

Yang akan mencintaimu apa adanya, bukan ada apanya.
Yang akan menyayangimu karena hati bukan karena harta dan fisikmu..

Dia akan mencintai dan menyayangimu dengan setulus hati dan sepenuh jiwa.
Yang akan setia menemani hidupmu...
dikala sehat dan sakitmu,
dikala susah dan senangmu,
dikala derita dan bahagiamu
dikala sedih dan senyummu,
dikala perih dan pahitmu,
dikala butuh dan tuamu
dikala gelap dan terangmu,
dikala panas dan teduhmu
dikala mendung dan hujanmu,
dikala petir dan pelangimu.

Hanya saja...
Kita tidak tahu dimana dia sekarang, sedang apa dan bagaimana.
Apakah dia baik-baik saja seperti yang kau harapkan dalam sujud
malammu...
Ataukah dia sedang menangis diatas sajadah bersama Tuhannya..
Dalam penantian kekasih halalnya.

Dia adalah pasangan hidupmu yang masih menjadi misteri bagimu.
Misteri bagiku dan misteri bagi kita semua yang masih percaya akan cinta sejati..
ALLAH akan mempertemukan kalian diwaktu dan tempat yang
tepat Pada akhirnya...

Bahagia akan menghampiri dan memelukmu dengan erat.
Belahan jiwamu akan selalu ada untukmu kerana kau adalah
separuh nafasnya.
Dia akan selalu menjagamu karena kau sangat berharga dari
apapun.
Dia akan selalu tersenyum kerana kau adalah jantung hatinya..
Dan dia akan selalu mendo'akanmu kerana kau adalah separuh hidupnya.

Semoga kita segera dipertemukan dengan jodoh yang sholeh/sholehah dalam naungan cinta_NYA tuk menggapai Surga-NYA.

copy paste # Ketika Cinta Berbuah Surga

Tuesday, February 25, 2014

Love You Forever Sayang


I Love You

Saya sayang kamu

Cintakanmu dan selalu rindukan dirimu

Sama seperti dirimu kan...kan...

Sampai bila-bila pun perasaan ini tetap wujud dalam hati ini dan

kekal untuk selamanya.

Saya tetap sayangkan kamu hingga hujung waktu




#ezreen#cintahatiku



Monday, February 17, 2014

Jom Makan: Sate Tulang

Assalamualaikum.....

Kali ni,cik noradla nak memperkenalkan produk baru yang dikeluarkan oleh ASA Satey Utara  >>>>> SATE TULANG.Sabtu baru2 nih,cik noradla berkesempatan merasa sate ni,sebelum nih pernah jugak makan sate tulang ni tapi sate tulang jelebu.Tu pon masa karnival Jom Makan buah kt Putrajaya.
Nah layankan je pic ni...sapa2 yang teringin nak rasa,boleh la ke Dengkil ye.Cari restoran sri manis.




*Semalam cik noradla p makan ikan singgang kelantan..sedap gak..masam2 kuah dia..

Tuesday, February 11, 2014

AKU TETAP INGIN DIRINYA


"Aku tetap ingin dirinya...tak mungkin aku berdusta..Hanya Tuhan yang bisa jadikan..Yang tak mungkin menjadi mungkin,
Aku hanya ingin CINTA yang halal,dimata dunia juga akhirat,biar aku sepi aku hampa aku basi,Tuhan sayang aku... Aku hanya ingin cinta yang halal...dengan dia tentu atas izin-Nya,ketika cinta bertasbih....tuhan beri aku cinta....ku menanti cinta"


Rindukan dia....#PKP#White

Wednesday, February 5, 2014

Pengapit Vs Pengantin

Tanggal 31 Januari 2014,sorang lagi kawan cik noradla selamat diijabkabulkan bersama pasangannya.Alhamdulillah dengan sekali lafaz,Yana sah menjadi suri hati Yusri.Tahniah for boths of you.Depa dua orang ni kawan sekerja cik noradla kat tempat keja lama.Dan yana ni plak sekampung dengan cik noradla dan memang berkawan dari kecik la..even kami bukanlah sebaya...cik noradla pangkat kakak la utk dia..hehe...

Cik noradla dilantik menjadi pengapit dia,1st time la cik noradla pakai dress siap dengan shawl lagi..
Apa-apa pun di doakan utk depa berdua semoga berbahagia dan kekal hingga ke syurga...cm besa,doakan kawan hang ni jgk..supaya cepat join club hang...

SELAMAT PENGANTIN BARU YANA & YUSRI




 Sebelum akad nikah..

 majlis resepsi Yana

 hantaran utk Yana

 hantaran utk Yusri

org kuat...Best Man vs Bridesmaids

Friday, January 17, 2014

Cuci Kereta

Assalamualaikum
Yeay!!Hari ni public holiday sb hari ni hari thaipusam
My housemate ajak teman dia p cuci kereta dia dkt Presint 14.Cik noradla nak promote la sket ttg kedai ni.
Nama kedai ni Putra Car Wash..apa yg mengejutkan cik noradla adalah staff dia semua orang melayu kita.Klu kat car wash len,mesti guna tenaga kerja warga asing.Payah la nk jmp klu semua org kita je.
Kwn cik noradla amik servis kalis air..RM24.00.Rasanya da servis len lg kot,tp x tanya la plak..huhu..uolls mai ja sini,pastu leh la tny staff2 kat sini..hehe
Servis diaorang memang tiptop la..stp org da tanggungjwb masing2..cepat ja siap..

apa salahnya kan tolong promote bines org bumiputera..lgpon mmg kja cik noradla kt opis pon tlg usahawan bumiputera memajukan bisnes depa.


Wednesday, January 15, 2014

Jom Makan:Tom Yam Kung,Putrajaya

Assalamualaikum.....

Hari isnin yg lepas,kwn cik noradla ajak keluar dinner.Selalu kami akan makan kt D'Muara,Taman Putra Perdana.Oh lupa,cik noradla tak pernah review ttg kesedapan makanan kat sini..next time la ye.


kami makan kat Tom Yum Kung,Presint 15 Putrajaya.Kawasan kedai dia bersih dan juga selesa.Kalau p ramai2,mesti muat punya.Kami berdua order tom yam kung -kecik,telur dadar kungfu,ikan siakap stim limau & disebabkan minggu ni fb trending psl kangkung,km order kangkung crispy..kenyataannya..semua nih sedap sgt!!

So,uolls boleh la try makan makanan kat sini.Selamat menjamu selera!!

Kangkung Crispy
maaf la ye,cik noradla cuma snap pic ni je.






Thursday, January 9, 2014

Jom Makan:Sarpino's Pizzeria

Assalamualaikum

Minggu lepas,hari sabtu cik noradla keluar makan angin bersama2 housemate serta a new friend,SIS.(Sis ni kawan kpd my roomate).Kami meronda kt Sogo,dah p sana terbeli la kasut sepasang.Kan baru dapat bonus..
Dah abis ronda,sis ajak makan pizza.Sebab esok tu besday my roomate-Zaty.Kebetulan plak,besday lg sorang housemate - Kak Min pon bulan Januari.So sambut in advance la..Kami celebrate kat Sarpino's Pizzeria di Subang Jaya.

Sis bagitau  pizza kat sini sedap,kalau dah sejuk pon still lembut,tak keras.Kenyataannya memang betul.Sedap!Servis tip top.

To Zaty & Kak Min - HAPPY BIRTHDAY









zaty & Kak Min