Akhirnya terlerai jua kekusutan dan jawapan yang ditunggu selama ini,sebelum ini aku cuba kuatkan hati untuk melakukan istikarah,memohon petunjuk dari-Nya.Hampir berminggu-minggu,akhirnya aku dapat jua jawapannya.
Sejak aku kenal 'Dia',perasaan suka itu ada,tapi hanya perasaan.Tak semestinya apa yang kita rasa itu betul,mungkin kerana sebab-sebab atau ada faktor-faktor lain yang membuatkan kita suka seseorang itu.
Bermula disini,tak pernah aku sangka yang aku dan 'Dia' akan rapat sebegini.Layanan yang diberi lagi menambahkan tunas-tunas rasa suka terhadap dia.
Sepanjang perkenalan kami,aku dapat rasa kebahagiaan itu,tetapi aku masih belum pasti adakah 'Dia' memang tercipta untukku..Ku lakukan istikarah,memohon petunjuk dari Yang Esa.Ternyata 'Dia' telah bertemu dengan insan yang dia cinta.
Jawapan akhir telah ku terima.
Mungkin hadir dia hanya sapaan di dalam perjalanan hidupku menuju-Mu.
Aku tak pernah menyesal mengenali 'Dia',memang kami tidak dicipta untuk bersama.Jika memang 'Dia' tercipta untukku,laluannya pasti mudah.
Aku doakan agar 'Dia' berbahagia dan dipermudahkan segala urusan.
'Dia' tetap sahabat aku selamanya
Terima kasih Mohd Asyraf Mohd Jamil
Telah sedaya upaya berusaha ke arah itu,Allah lebih tahu apa yang terbaik untukku. Aku takkan pernah berputus asa dalam meneruskan usaha dan yakin dengan janji Allah.
Ada yang lebih baik tercipta untukku,cuma waktu dan ketikanya belum tiba.
Dan bila tiba waktunya,terlerailah segala rahsia.
Allah Maha Mengetahui segala-galanya.
Jodoh itu penuh keunikan,apabila semakin dikejar,semakin dia berlalu pergi,
apabila kita hanya menanti,usahkan hadir,bayangnya juga belum pasti,kadangkala
antara jodoh & nafsu,kita sering terkeliru
adakah dia jodoh yang ditunggu ataupun dia sekadar menyapa sambil berlalu
Kadangkala hadirnya tidak disangka,dia rupa-rupanya,jodoh untuk kita
rencam JODOH,manisnya dapat mendamaikan hati pahitnya dapat menghancurkan diri
MISTERINYA DIA,HANYA ALLAH MAHA MENGETAHUI
Apabila dia menyapa,jodohkan namanya