Monday, October 31, 2011

Teh Ais RM2.50



cik N:Kak M,teh ais nih berapa ringgit?
Kak M:RM 2.50......
cik N:hah???!!!..sambil geleng kepala.....

Mahal sungguh teh ais nih,dah la tak sedap....kt Mamak pon tak sampai harga cmnih....nasi ayam dia pon mahal RM6...kalau nasi + ayam  byk tak pa la jgk...ni ayam kecik sgt...mcm ayam potong 18..hahaha....confirm la len kali takkan beli dah kt kedai nih "Nazir Nasi Ayam"yang kt Sunshine Penang tu...agak2 la boh harga makanan mahal camtu..cekik darah btoi....


lupa nk snap picture ayaq dgn nasi ayam tadi....

Ya Allah
hanya diriMu yang memahami diri ini 
dan mengetahui apa yang bersarang didalam hatiku ini
Aku memohon padaMu
kabulkan doa2 kedua ibu bapaku
berilah kesihatan yang baik kepada mereka
&
murahkan rezeki mereka
amin........
hanya padaMu aku meminta pertolongan.....
 


Friday, October 28, 2011

Mari Kita Membuat Cupcakes

semalam,cik noradla bersama2 kawan2 iaitu Nashrah dan jugak Ziela telah mencuba membuat cupcakes.
berselerak la rumah nashrah dengan bahan2 buat cupcakes.Part yang menguji kesabaran sekali adalah nk buat fondant menggunakan marshmallow.....km pon ikut resepi yg nashrah amik dari internet,follow the step tetapi heran kenapa la tak menjadi....sepatutnya marshmallow tu menjadi doh,tapi km buat dok jadi lembik ja tak menampakkan rupa doh...hahaha...nashrah cadangkan boh tepung jagung,apa lagi km boh tpg jagung dan gaul dgn mixer...akhirnya jadi gak la doh so br leh buat huruf2 dan bunga2.........fuhhh....berjaya jua akhirnya...
 
 
 cupcakes hasil buatan Nashrah
 hasil buatan zeila
 himpunan cupcakes kami...
 hasil karya cik noradla
 cantik dan sedap!!!!

 

Thursday, October 27, 2011

Menghitung hari

pejam celik pejam celik lebih kurang seminggu je lagi cik noradla akan tinggalkan kawan2 yang keja kt WEC nih
kenapa la sat sangat rasa...dah nk dekat sebulan...
minggu depan,4 Nov 2011 last day cik noradla berkhidmat dan menabur budi kt WEC
sedih rasanya.........:(



 



Tuesday, October 25, 2011

Program SMART

program ni berlangsung selama 3 hari 2 malam kt Rindu Alam Motel,Kampung Baru,Lumut Perak.
Seramai 42orang peserta dan lebih kurang 10 org fasi berkampung kat sini..

layan pic je la.....tak larat nk menaip...huhu


 LDK - membuat logo,misi dan visi
Dorm-1 bilik leh muat 7 org ,toilet kat dalam bilik
 aktiviti malam - "mari memecahkan belon kawan"
 Rindu Alam Motel
salah satu task utk explorace- Istana Pasir  event nih kat Teluk Batik
 Pemandangan kat  Rindu Alam
 Pemandangan Rindu Alam
 En.Faiz tgh bercakap2 utk LDK terakhir - PSA ( Public Service Announcement)
 paling best kt Rindu Alam....ada restoran terapung..menu special
nasi goreng ketam RM 6 je...


 cik noradla,fyqa & Jun
 Cik noradla wif cik Fyqa
Zaq bersama Bob - task dlm explorace -bergambar bersama payung dan air kotak...

pesanan utk sesiapa yg akan ke Rindu Alam Motel nih:

selimut bawa sendiri - sbb malam2 kt sini sejuk lagipon tak disediakan selimut ye..
bw ubat nyamuk - sbb nyamuk kt sini tak kira siang malam,gemuk2 lak tu
bawa kamera - buleh buat photoshoot sbb kawasannya mmg real kampung -kampung nelayan
bawa pencicah buah2an-cm kuah rojak tu,sbb byk buah pelam a.k.a mangga..hihi

dan untuk pengguna telefon,dont worry kat sini line hp okey....tak dak masalah cuma kalau ke Teluk Batik je coverage kt sn kurang sket...sekejap ada sekejap tak ada.... 

apa2pon best gak la stay kt sini,sbb byk kemudahan ada dewan,dewan makan,surau,dorm,bilik2...sesuai la kalau nk buat kem atau apa2 events.

sila hubungi :
Rindu Alam Motel
05-6919754
 


 

















Saturday, October 22, 2011

Program SMART

PROGRAM SMART
(sukses,matang,aktif,rasional,tanggungjawab)
anjuran 
AADK Daerah Kerian
bertempat
Rindu Alam Motel
pada
19 Okt - 21 Okt 2011

 sepatutnya cik noradla update ttg program nih sebelum cik noradla pergi ke sana tetapi di atas sbb yg tertentu tak sempat nk update..hihi
so,for next entry cik noradla akan upload all the pictures
bukan tak mau update sekarang tapi cik noradla masih dalam mood bercuti...

to be continued........


Monday, October 17, 2011

Janji Allah itu benar


"Maka bersabarlah kamu,kerana sesungguhnya janji Allah itu benar,dan mohonlah ampunan untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi"
Surah al-Mukmin ayat:55


yakin akan dengan janjiNya dan sentiasa bersabar....
apa yang berlaku ada sebab dan hikmahnya
tak semestinya apa yang kita nak adalah perkara yang terbaik utk kita
Allah lebih mengetahui segalanya
 

jangan anggap sesuatu dugaan itu sebagai musibah...sebaliknya anggaplah ia ujian dari Yang Esa supaya  kita menjadi lebih kuat...

Friday, October 14, 2011

Belly Dance Class


B.E.L.L.Y.D.A.N.C.E.C.L.A.S.S.
every Friday
5.45pm - 6.45pm

class ni dah start dr last week anjuran company yg cik noradla keja,wlwpon anjuran company
tetapi
kena byr gak bukan FOC ye...
tapi tak kesah la asalkan buleh gak exercise
yang bestnya buleh dance dgn kwn2...
kalau nk hrp exercise sendiri,harap maaf la...
dan tak lama lagi bye bye perut buncit.....



Wednesday, October 12, 2011

novel "Adilah Cik Serba Tahu"

semalam cik noradla temankan cik fyqa ke Giant Kulim utk cari novel "Akhirnya Aku Kahwin",sambil2 tu dok tgk gak la novel2 len...tiba2 terpaku kt satu novel ni tajuk "Adilah Cik Serba Tahu"...trus amik hp snap pic novel tu...terkembang la sat sbb novel ni guna nama cik noradla..hihi...




sinopsis:
Dia punya dua identiti.

Adilah Arifin
~ Pekerja GoGo Sdn. Bhd. yang menjalani hidup biasa-biasa dan seadanya. Baginya, hidup ini umpama gula-gula, masam, manis dan kadangkala masin. Ada ruang kosong dalam hidupnya. Ruang untuk kenangan silam yang sudah dilupakan. Sekian lama, hakikat itu bukan masalah besar baginya. Bertabah, Adilah!

Cik Serba Tahu
~Kaunselor tidak bertauliah,tanpa pekenalan,tanpa bersua muka dan tanpa berkawan,begitu mudah orang berkongsi masalah di kaunter Pertanyaan Cik Serba Tahu.Sesungguhnya,cik Serba Tahu sama sekali tidak boleh mengecewakan pembaca yang berkongsi masalah dengannya,jangan main-main.Ada nama baik yang perlu dijaga.Reputasi perlu dipertahankan!Berusaha Cik Serba Tahu!
Siapa pula Hakim, Reen dan Afra mahupun Izham dalam hidup Adilah Arifin? Mengapa pula mereka terlebih seronok dapat bersua muka dengan Adilah. Perasaan Adilah? Kosong. Baginya mereka bukan sesiapa pun.



Tuesday, October 11, 2011

Ya Allah,
tidak ku pinta yang menawan,
tidak ku harap yang hartawan,
bukan jua kerna kedudukan,
cuma ku damba insan yang sepadan...

moga dikurniakan seorang insan dijiwa
tempat untuk kuluahkan segala rasa
perasaan yang tersimpan seribu satu makna
amin........

Friday, October 7, 2011

Doa untuk percepatkan JODOH

Amalkan membaca ayat-ayat dibawah.semoga Allah mempercepatkan jodoh kita.Amin


Surah Toha ayat 131 - 132

terjemahan:
"Dan jangankah engkau menujukkan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini,untuk Kami menguji mereka padanya;sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal"
"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.Kami tidak meminta rezeki kepadamu,(bahkan)Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.Dan (ingatlah)kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa"

Surah Al -Anbiya ayat 89

terjemahan:
"Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria,ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata:"Wahai Tuhanku!Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri(dengan tidak meninggalkan zuriat);dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"

Surah Yusuf ayat 4

terjemahan:
"(Ingatlah peristiwa)ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya:"Wahai ayahku!Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan;aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku"

Selain berdoa,kita juga boleh berpuasa sunat pada hari lahir kita.


Thursday, October 6, 2011

Doa agar mendapat ketenangan JIWA

 Surah Ibrahim ayat 41

terjemahan:
"Wahai Tuhan kami!Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman,pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"


Surah Al-Hasyr ayat 10

terjemahan:
"Dan orang-orang(Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata:"Wahai Tuhan Kami!Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman,dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengkin dan dendam terhadap,orang-orang yang beriman.Wahai Tuhan kami!Sesungguhnya Engkau Amat melimpah belas kasihan dan rahmatMu"




Wednesday, October 5, 2011

Terima Kasih

4 Oct 2011,hari bahagia utk cik noradla,terima kasih Allah sebab mengurniakan kebahagiaan ini
1st
dapat keja baru..lps raya br start
2st
kawan2 lama call & msg
thanks to:
Alimatul - sbb msg cik noradla pagi2
En Yusri ( ex-boss) - call tny khabar..tak pernah call sembang lama2
Sity - dia msg sbb rindu...
Noorul -msg tny dah kawen or belum...

sebelum tido semalam,tiba2 cik noradla terfikir...tak sangka kwn2 yang lama dah tak call cik noradla,blh call...dalam masa sehari plak tu,4 orang ingtkan cik noradla..nmpk sgt depa rindu ...hihihi
terima kasih byk2 sbb ingtkan cik noradla




Tuesday, October 4, 2011

Terima Kasih Ya Allah

A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H
S.Y.U.K.U.R
dengan kurniaMu
Terima Kasih Ya ALLAH

Monday, October 3, 2011

Wahai Hati.....tenanglah....

Ya Allah...
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang yang aku rasakan saat ini....
Hilangkan rasa ini dari hatiku
berikanlah aku ketenangan
&
berikanlah aku petunjukMu
Amin......



Doa ketika berdukacita dan sedih


maksudnya:
Ya Allah,sesungguhnya aku adalah hambaMu,anak kepada hambaMu,anak kepada hamba perempuanMu,ubun-ubunku ditanganMu,terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku,aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu,atau Engkau turunkan didalam kitabMu atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada MakhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib disisiMi,jadikanlah Al-Quran penenang hatiku,cahaya didadaku,penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku...

nota:"Jika dia tercipta untukku,satukanlah hati kami..."

Bersabarlah wahai hati..
dihujung sana pasti akan ada sinar bahagia
Ketika...
diwaktu & dengan orang yang tepat
tidak lambat seminit ataupun cepat sesaat
telah terungkap satu nama disana
insyaAllah,
yakin dengan janjiNya
Semuanya akan baik-baik belaka
Redha dengan segala dugaan dan rintangan dariNya
"Allah tidak akan sekali- kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya..."


"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan"
(Riwayat Al Bukhari)