Thursday, August 25, 2011

yay!!mood raya ^_^

yay!!!!mood raya sudah datang,raya kan dah makin dekat..tambahan pulak baju raya cik noradla dah siap..lagi la berkobar2 nk raya...sekarang nih,asyik dok dengaq lagu raya ja...best2...tak sabar rasanya...jom nyanyi!!!

"dihari raya....terkenang daku kepada si dia...."

Wednesday, August 24, 2011

Kahwin?


jawapanku bila ditanya tentang perkahwinan....
 
kenapa LAMBAT?- Kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku
 
dah BERPUNYA?-Ya...kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing2
 
....SIAPA?- nanti Allah akan perkenalkan kepadaku
 
.....BILA?-bila kami dah dipertemukan...InsyaAllah jemput datang ke majlis walimatulurus ku nanti
 
Janganlah selalu bertanya bila orang tu nak kawen,kerana semua rahsia dia terletak ditangan Allah...sampai masa Allah akan membongkarkannya
 
 
nota:copy dari fb intan...thanks..

Thursday, August 18, 2011

18 Ogos

Tiap kali tiba tarikh 18 Ogos ,cik noradla mesti teringat cerita 5 tahun yang lepas.Kenangan ni akan cik noradla kenang sampai bila-bila....bila dikenang2 perasaan sedih tu tetap ada,dendam??tak pernah sekelumit pon perasaan dendam tu ada didalam hati.. cik noradla  terima seadanya dan redha dengan ketetapan Ilahi utk cik noradla.
untuk si dia,cik noradla doakan semoga berbahagia hingga ke akhirnya.Cerita kita dulu,takkan cik noradla lupa,kerana kamu pernah menjadi sebahagian dan peneman hidup ini walaupun sementara.Thanks atas segala2nya kerana pernah buat cik noradla bahagia.....
Diharapkan kamu doakan  utk cik noradla supaya cepat bertemu dengan bahagia.....


nota:Ya Allah,temukanlah aku dengan belahan jiwaku dan nakhoda yang akan membawa keluargaku ke syurga...Amin....

Monday, August 15, 2011

Poskad Hari Raya 2011

Semalam cik noradla p pejabat POS Karangan,sebab nak amik barang yg kwn cik noradla pos utk cik noradla,lagipon cik noradla memang nk p Pejabat POS  sebab nk cari Poskad Hari Raya,cik noradla tau pasal Poskad ni pon after tgk iklan dia kat dalam paper.Niat di hati thn ni nak la pos kad raya kt kwn2,sbb selalu asyik wish via hp,fb...so thn ni nk tukar selera la guna POSKAD.Poskad yang dijual oleh POS Malaysia ni,tak mahal ok...kalau beli poskad ni lebih jimat dari beli kad raya yg biasa tu..Harga:RM5.00,ada 8 keping poskad berserta setem RM 0.30...sangat murah...poskad ni boleh didapati disemua pejabat POS terpilih...so,if berminat boleh la singgah Pejabat Pos yg berdekatan dengan anda...

ni pic poskad hari Raya yg cik noradla beli semalam









Beri Aku Cinta




"Tuhan berikanlah aku cinta,untuk temaniku dalam sepi,Tangkap aku dalam terang-Mu,Biarkanlah aku punya cinta,Tuhan berikanlah aku cinta,aku juga berhak bahagia,Berikan restu dan halal-Mu,Tuhan beri aku cinta..........."




"Hanya padaMu aku bertanya,lewat setiap sujudku ini,siapakah nanti,cinta untukku...Rahsia itu hanya Engkau yang tahu........."


nota:Hanya padaMu aku meminta pertolongan......


Friday, August 12, 2011


"Terimalah seseorang seadanya.....
Kebaikannya disyukuri,kekurangannya diredhai....."



nota:Moga hadirnya dia dalam hidupku,akan melengkapkan lagi hidupku...Amin

Tuesday, August 9, 2011

Bonus Hari Raya 2011

wah....seronoknya kalau jadi penjawat awam,tapi apakan daya..masih bukan rezeki cik noradla lagi nk jadi penjawat awam..mana nk tau kot2 tahun depan,impian cik noradla tercapai...amin...
Beruntunglah semua penjawat awam sbb goverment umum bagi bonus hari raya..RM 500 lagi..macam2 leh dibuat dengan duit tu..so kepada penjawat awam semua,tahniah dan bersyukurlah diatas rezeki yang diberikan kepada you all semua...
bila la agak2nya goverment nk umum bagi bonus utk pekerja swasta mcm cik noradla ni??

nota:cik noradla pon seronok gak,walaupon tak dapat bonus hari raya,..tetapi Encik Baju Biru dapat Bonus!!

Monday, August 8, 2011

Jalan-Jalan Di Kuching,Sarawak part 3

kita sambung bercerita lagi.... nk sampai ke ending dah ni...taktau la pasal pa ari ni cik noradla rajin sgt..


hari ke-3 di Kuching,kami mulakan pagi tu dengan kemas semua barang utk check-out dari Arif Hotel..sebut arif,terus teringat kat anak sedara cik noradla,Aarif Aqil...km check out awal bukannya apa...sbb flight kami utk balik pukul 4.00pm..so malas dah nk patah balik ke hotel...hihi..masa nk isi beg2 kami dalam kereta..adoi...penuh!!tak muat,tapi tolak2,penyet2 sket bag tu...alhamdullilah muat gak..tu la masa membeli tak ingat,muat kereta ke dak..
pagi tu,kami mulakan aktiviti dengan meronda sekali lagi ke Pasar Satok,sebab kami belum beli lagi ikan terubuk..sambil2 tu cik noradla nk cari kuih cincin(kuih ni berbentuk bulat2 pastu dalam dia ada gula..cm gula melaka tu )..kwn cik noradla pesan..cik noradla beli ikan 7 ekor..emy beli lagi banyak...hahaha...terlupa cik noradla beli "tebaloi".Sedap jugak rasanya,rugi sbb beli sikit sgt..sepatutnya pagi tu kami ke Sarawak Cultural Village,disebabkan janji2 manismu Encik Azli tu...kami tak dapat tiket yang dijanjikan..dia cakap tiket fully booked.hmm..sedih sgt sebab tak leh pi...
Dah abis beli belah kat Pasar SAtok,kami p breakfast kt KFC( kat Sarawak Plaza ) pagi tu,sbb tak tau nk makan apa dah..lagipon susah sikit nk cari kedai makan,banyak yang tutup hari ahad.Kami order ayam + nasi...awal2 pagi dah makan nasi...hihi..ada sesuatu yg kat semenanjung ada,tapi kat sarawak tak dak...kt KFC tak dak sos cili thai..bila tanya staff kat situ dia cakap "disini tak ada sos cili thai"...hahaha...tak best la kan kalau makan kfc tak dak sos cili thai...

dah abis makan,kami gerak ke Muzium Kuching yang terletak kat Dewan Bandaran Kuching Utara(DBKU).Entrance fees untuk masuk muzium ni takdak..tapi kalau sesiapa nk ambil gambar ketika berada kat dlm ni,dikenakan cas..handphone bercamera:RM3,camera digital:RM4,video cam:RM5.So bila dah byr,boleh la ambik gambar dgn sepuas2nya...hahaha..



lepas dah bergambar di Muzium Kucing,kami gerak ke airport,dah la tak tau jalan nk ke airport..jenuh dok belek map..nasib ada map( map boleh didapati dikaunter dekat airport,free ja )...guna map ni bukan apa,garmin tak leh guna..tak tau pasal pa..merajuk kot...tetapi,kami berjaya jua jumpa jalan ke Airport hihi..kalau tak jenuh berpusing2 la kami kt sn...
Sampai je kat airport,kami trus check-in,guna kiosk self-check in..disebabkan kami beli barang yg banyak tak muat bag galas kami,kami beli beg baru utk isi barang2...dah la kami beli luggage cuma 30kg,nasib la..berat beg tu cuma 26kg...kalau terlebih,confirm la kena bayar lebih..hihi...dah settle bab beg...kami tunggu En.Azli mai amik balik kereta yang kami sewa..ingatkan dia yang mai,rupa2nya kawan dia,teringin gak dihati nk jumpa dia..total payment utk sewa kereta RM200 je...dah bg kunci dgn kereta,kami pon meronda-ronda seluruh airport...then bersiap sedia utk pulang ke KL...sebelum tu,kena melalui Imigresen dulu,utk pulangkan Pas Lawatan Sosial..hihi...
nih cerita dlm flight,masa nk ke Kuching dulu,masing2 cuak,Fyqa sakit perut,Emy takut muntah,so dia tidoq ja,cik noradla plak,pening2 lalat..asrul..tak tau la.tgk dia cm ok ja..haha...tapi masa otw back,masing2 ceria,siap order makan lagi,takdak plak rasa pening2,sakit perut,nak muntah,makan dengan senang hati..bukan senang nk makan kt  on the sky..haha...kira sepanjang dlm flight tak dak sapa pon tidoq..hebatkan..hihi..semua cm excited ja...lebih kurang dekat pukul 6.00pm,kami sampai kt LCCT...
Tamat


sebelum cik noradla balik ke Kulim,cik noradla singgah ke Balai Polis Seksyen 6,Shah Alam...jumpa Encik Baju Biru dan juga kawan baik cik noradla,Lan..hatiku berbunga riang ketika dapat bertemu ...asyik tersenyum je sepanjang perjalanan balik....gembira tidak terkira...

nota:maaf la,cik noradla skip byk benda,tak tau nk cerita kt sini mcmana,need more info about our trip...pls do visit PejamCelik..blog kwn cik noradla,Fyqa..dia rajin sket cerita pjg2...hihi

Friday, August 5, 2011

Jalan Jalan Di Kuching,Sarawak Part 2

continued entry part 1....


untuk hari yang ke-2 kat Kuching,kami decide nk p PASAR SERIKIN,dekat sempadan Malaysia-Indonesia.Sebab ramai yang cakap kat sini mmg happening..boleh shopping macam2..besa la kalau org pompuan,kan suka bab shopping2 nih...
tapi sebelum kami bertolak ke sana,kami p PASAR SATOK,dekat je dari tempat kami menginap.kan kat PASAR SATOK ni ada jual ikan terubuk,dah jadi cam signature of Sarawak,kalau p Sarawak mesti ikan ni wajib dibeli..hihi..pagi tu,kami breakfast kat Pasar Satok,kami makan nasi briyani ayam..RM6.50.Memang puas hati la makan,nasi dia banyak dan kami cuma amik nasi separuh ja..ia nya dihidangkan bersama kuah dal dengan acar.

lepas je breakfast,kami pon bertolak ke PASAR SERIKIN,jauh juga la kalau dari Kuching dalam 1 jam lebih..otw nk p sana,GPS plak tak leh guna,pastu guna Garmin hp emy,pon tak leh.find tak jumpa pon..kami pon apa lagi,jumpa stesen minyak,tanya org kat situ...sebelum nk sampai ke sana,kami sesat..siap kami sampai ke Kubah National Park,pastu jumpa Matang Wildlife(entrance fees=RM10)..kami tersilap  jalan...almaklumlah,tak pernah sampai ke sana...untuk sampai ke Serikin,kita kena lalu Matang dan Bau...kami singgah di pekan Bau utk isi minyak ( yer la...asyik sesat ja..dah la jalan kat sana bukan mcm kat sini...keliling hutan dgn kampung..mcm konpius ja).
Akhirnya,kami tiba jua di destinasi yang dituju...Pasar Serikin nih,lebih kurang macam Wang Kelian je..Jenuh jugak la berjalan,dok mencari benda2 yang menarik perhatian yang boleh dibeli...paling banyak jual telekung,kain pasang..ada jugak brg2 yang diperbuat pada kayu,rotan...Masa kami sampai org agak ramai la...bersesak gak la...yang paling tak tahan,semua kedai menawarkan harga yang ok...sampai tak tau nk beli kat kedai yg mana 1..benda pertama yg cik noradla beli telekung..murah sgt..RM32.00 je...kalau beli kat area rumah cik noradla ni,tak dapat la harga tu..lagi mahal...Fyqa pon beli gak telekung utk mak dia..dua pasang lagi....
lepas kami beli telekung,kami teruskan pengembaraan dalam edisi menghabiskan duit yang ada..hahaha...kami beli kain pasang pulak..kain sulam timbul...kalau kt semenanjung harga lebih kurang RM150.00 - RM200.00..kat sini cik noradla dgn Fyqa beli dgn harga RM50 je sepasang...murahkan...apa lagi,borong sakan la kami kt sini...
 kain sulam timbul
Baju pengantin...murah ja...dalam RM90.00 je..kena pandai tawar menawar

pasar serikin..

dah settle membeli belah,kami pon balik la...kami p Waterfront...kat area tu ada kucing statue..masa untuk bergambar...rugilah kalau p sarawak tak tangkap gambar dgn kucing....hihi...

dah puas bergambar kat situ,kami balik hotel...sebelum tu singgah makan kat Arif Food Courts.Cik noradla dan Asrul memilih untuk makan Laksa Sarawak,Fyqa makan Mee Kolok,Emy makan nasi kerabu...sedap jgk laksa Sarawak,rasanya macam makan mee kari..ada ayam,udang...Mee Kolok pulak macam makan mee kicap..hihi..

Laksa Sarawak

Mee Kolok

selesai makan kami naik bilik...masa untuk berehat2...sbb malam ni kami dah janji nak keluar jalan2 lagi...kami ke WaterFront,best jugak malam2 lepak kat Waterfront ni..ramai org...ada yang main lastik yang berlampu tu...tak tau depa panggil apa...yang pasti amik lampu tu,pastu lastik ke atas...ada jual kat situ,RM10.00 utk 2.. bila mata masing2 dah kuyu,kami pon balik tidoq......
to be continued......

Thursday, August 4, 2011

Andainya jodoh itu datang dengan mudah,sambutlah ia dengan mudah,andainya ia sukar lagi payah,anggap sahaja kecepatan bukanlah terbaik buat anda .Andainya ia tidak datang-datang juga dan andainya hingga ke sudah,itulah rahmat ALLAH untuk memudahkan laluan anda ke syurga.Mereka yang tiada tanggungan bakal lebih mudah kira-kiranya untuk menikmati ganjaran terbaik di akhirat dan di syurga sudah sedia menati segalanya termasuk soal pasangan hidup...


~Mingguan Wanita~

Wednesday, August 3, 2011

Jalan-Jalan Di Kuching,Sarawak Part 1

Alhamdullilah,akhirnya 29 July yang lalu..cik noradla sampai jugak kat Sarawak Bumi Kenyalang.Dah lama teringin nak p sana,tercapai jua...
Cik noradla bertolak dari Parit Buntar ( rumah fyqa ) ke LCCT pukul 11.30pm selepas tengok bola sepak Harimau Malaya vs Singapura.Sebelum bertolak tu,mcm2 berlaku.Cadangnya kami nak tgk bola kat Stadium tapi kami cuma dapat 1 je tiket so tak jadi tgk..tgk kt rumah Fyqa je.Kereta Emy and husband dia,Asrul pulak rosak.Tu baru dugaan sebelum sampai Sarawak.
Kami sampai di LCCT dalam pukul 4.00am.Sampai sana tercangak2 gak la...sbb kami semua tak pernah naik belon,tapi buat2 mcm pandai la...kami check-in guna kiosk self check-in Air Asia.Ingatkan susah,rupa2nya senang ja.Kami bertolak dr LCCT lebih kurang 7.20am,sepatutnya 7.10am disebabkan hujan sangat lebat.Perjalanan amik masa 1 jam 45 minit.Sampai ja kat Kuching International Airport,ada pemeriksaan Imigresen,kena bagi ic kad pegawai tu..dia akan bagi kat kita "Pas Lawatan Sosial " nak tergelak pon ada,padahal kita org Malaysia,melawat Sarawak pon kena ada pas lawatan.Konpius btoi,kalau org Sarawak plak mai semenanjung kena pas lawatan gak ka??...rasanya cm dak ja...

Sampai kat sana,kami pon call Encik Azli,tokey kereta sewa..kami sewa viva ja  pakej sehari RM100.00 (dapat kupon parking)dia mai htr kereta kat airport dan diskaun 50% utk masuk Sarawak Cultural Village.Dah dapat kereta apa lagi on Garmin,cari FATA Hotel...hotel ni Fyqa yg cadangkan sebab ada org cakap ok..tapi hakikatnya menipu ja,dusta semata2..masa booking via hp,dia cakap 1 bilik RM58.90 tapi bila dah jejak kat hotel tu boleh nyonya tu cakap RM79.00.bengang btoi masa tu..yang paling tak tahan hotel ni ada dua bahagian,kalau sebelah yang naik Lift harga RM79.00,kalau naik tangga RM70.00.hahaha...ada lagi macam nih...kami amik keputusan cari hotel lain.Cik noradla cadang Arif Hotel..ok gak la..sebilik double single bed RM70.00 per nite (ada aircond,peti ais,tv ).Kami check in kat sini..tapi ada ka patut dia tak bagi towel...bila tanya dia boleh ckp towel dah abis...
Bermulanya pengembaraan kami kat Kuching nih,mula2 sekali kami cari kedai makan...pusing punya pusing akhirnya kami jumpa sebuah kedai ni S.N.A Restoran..kami makan nasi goreng ayam..utk pengetahuan semua nasi goreng yg pertama cik noradla jumpa yang tak dak langsung sayur..semata-mata dengan ayam goreng...hahaha...disebabkan lapar,licin jugak pinggan tu..



Kami p Waterfront,kan ada sampan kecik...kami pon naik la utk ke seberang Sungai Sarawak tu...kat situ ada jual kek lapis..kek lapis yg femes tu Dayang Salhah Kek Lapis..tapi sebelum tu kami singgah kat Mira Cakes House,kenyang gak la dok rasa tester...beli sikit ja...hahaha..sampai kat Dayang Salhah Kek Lapis,kami makan lagi..kali nih lagi banyak tester..makan lagi..kat sini kami beli banyak jugak kek..sebijik RM10.00..yg kecik sikit RM5.00.Masa kat Dayang Salhah Kek Lapis(DSKL),ada la sorang mamat nih,dia nmpk kami pegang beg plastik Mira Cakes house(MCH),dia pon bgtau yang depa ni guna butter tak halal..ternganga kami berempat...kami dah bedal punya byk kek kt situ...Tapi tak tau la btoi ke dak,biasa la kalau kita buat perniagaan yg sama..mesti ada ja org nk sabotaj,otw nk ke sampan,kami singgah balik kat MCH.kami tgk,depa ada letakkan kenyataan yg depa guna butter yang halal..kira halal la tu,pandai2 ja mamat tu cakap camtu..terlupa nk tnya plak DSKL guna butter apa?hahahaha..

Lepas balik dari kek lapis tu,kami blk ke Arif Hotel,kat bwh Arif hotel nih ada Arif  Food Courts.Kami berempat makan nasik kerabu..jauh2 datang ke Sarawak,km mkn nasik kerabu..hahaha....mcm takdak mknn lain...Dah abis makan kami rancang nk tgk Kuching diwaktu malam..tapi,bila dah masuk dalam bilik lain jadinya...kami tak jadi keluar..semua terlena,tidoq la sampai pagi..
to be continued......

Tuesday, August 2, 2011



Ya Allah
Jika Engkau ciptakan dia untukku
Tolong satukan hati kami
Bantulah daku mencintai,memahami dan menerima dia seutuhnya
Berikan aku kesabaran,ketekunan dan kesungguhan untuk memenangi hatinya
jadikanlah kehendakMu dan bukan kehendak aku dalam setiap bahagian hidupku
Amin....


nota:Lupa plak nak wish "selamat berpuasa "